SHAH ALAM - Perbezaan kos melaksanakan ujian RTK antigen di klinik-klinik swasta berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya kos operasi, lokasi dan penggunaan jenama berlainan bagi alatan ujian berkenaan. Presiden Persatuan Perubatan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Perbezaan kos melaksanakan ujian RTK antigen di klinik-klinik swasta berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya kos operasi, lokasi dan penggunaan jenama berlainan bagi alatan ujian berkenaan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, kos operasi bagi sebuah klinik swasta adalah berbeza bergantung kepada lokasinya sama ada ia berada di bandar ataupun luar bandar.

"Klinik yang berlainan menggunakan kit ujian jenama berbeza sudah tentu mempunyai kos berbeza di antara satu dengan lain.

"Selain itu, sesetengah doktor menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) penuh dan ada yang menggunakan PPE asas bergantung kepada keadaan, iaitu sama ada untuk mengesahkan kes yang mempunyai simptom, pemeriksaan rutin atau pengembara.

"Jadi semua ini akan menyebabkan kos yang berbeza,” jelasnya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, terdapat juga pusat perubatan yang dapat menawarkan kos ujian RTK antigen lebih rendah kerana ia boleh melakukan saringan dalam jumlah agak besar.

Menurutnya, ini berbeza dengan klinik yang menggunakan perkhidmatan doktor di pusat perubatan itu sendiri untuk melakukan ujian saringan.

Dalam pada itu, Dr Kar Chai berpandangan bahawa harga perkhidmatan ujian saringan ditawarkan di klinik swasta ketika ini dilihat masih berada pada kadar boleh diterima dengan mengambil kira kemudahan akses terhadap ujian dan juga aspek persaingan.

"MMA juga tidak mencadangkan supaya kos ujian di diselaraskan semua klinik. Ini kerana terdapat juga isu berkaitan pematuhan kepada Akta Persaingan 2010,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca