AWANG dapat bayangkan perasaan ibu bapa lapan orang remaja yang terbunuh akibat nahas jalan raya pada Februari 2017.
Seorang wanita, Sam Ke Ting yang memandu kereta menyebabkan kemalangan itu telah dibebaskan oleh mahkamah majistret sebelum ini. Tapi tiga hari lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun.
Kes itu menarik perhatian orang ramai. Tentulah kemalangan jiwa sebegitu mengundang pelbagai perbincangan semua peringkat, termasuk di media sosial. Ada masanya ia jadi isu perkauman pula.
Patutnya kejadian itu jadi pengajaran bagi semua. Banyak yang berpendapat ibu bapa patut dipersalahkan kerana membiarkan remaja di antara 14 hingga 16 tahun berada di tengah jalan pada pukul 3.20 pagi.
Awang tak suka nak guna istilah mat lajak atau mat apapun terhadap mereka. Yang penting mereka tidak patut berada di situ pada waktu itu.
Ada cadangan agar ibu bapa juga didakwa dalam kes seperti itu. Mereka harus ambil tanggungjawab. Jalan raya bukan tempat remaja berkumpul.
Banyak juga pihak bertanya bagaimanakah kegiatan berlumba atau berpelesir pada waktu begitu tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib?
Banyak yang mengatakan Jalan Lingkaran Dalam dan kawasan sekitarnya memang tempat mat lajak bermain.
Kita berharap kejadian seperti itu tidak lagi berulang.
Klik di sini untuk terus membaca