AWANG puji Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar. Beliau cakap terus terang. Tak berlapik. Tak perlu nak jaga hati sesiapa.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kata, Pakatan Harapan (PH) akan hadapi jalan sukar untuk menang pilihan raya umum (PRU) akan datang. PH mungkin hilang banyak kerusi nanti. Nurul juga mengatakan bahawa PH tidak akan kembali berkuasa dalam waktu yang terdekat.
Lebih memeranjatkan banyak pihak, beliau berkata, PH perlukan dua kali lagi PRU untuk kembali semula ke Putrajaya. Beliau nampak rakyat begitu kecewa terhadap PH. PH tak tunaikan manifesto selepas menang PRU14.
Nurul tentulah kaji juga apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil di Melaka, Sarawak dan Johor.
Maka ramailah pemimpin PH yang tak setuju dengan beliau. Memang Awang dah duga reaksi mereka. Mereka kata Nurul silap. Mereka masih percaya rakyat mahukan PH kembali berkuasa. Ada juga pemimpin PKR sendiri yang anggap pandangan Nurul sebagai bersifat defeatist atau mudah mengaku kalah.
Awang sebetulnya setuju dengan pandangan Nurul. Awang rasa jalan untuk PH kembali berkuasa dalam keadaan sekarang sangat tipis.
Situasi tidak menyebelahi mereka. Pembangkang pun tidak berada dalam khemah yang sama. Bukan khemah yang sama saja, tapi khemah yang kukuh dan stabil macam kata Setiausaha Agung DAP yang baru, Anthony Loke.
Nasihat Awang, ambillah ingatan daripada kenyataan Nurul dan jangan cepat melenting.
Klik di sini untuk terus membaca