SHAH ALAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mengenal pasti 13 jenis mercun dan bunga api yang popular diseludup masuk ke dalam negara ketika musim perayaan. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, terdapat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mengenal pasti 13 jenis mercun dan bunga api yang popular diseludup masuk ke dalam negara ketika musim perayaan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, terdapat empat jenis bagi kategori bunga api dan sembilan jenis bagi kategori mercun.

"Kategori bunga api ialah pop pop, fountain, glow of sunset dan sunset cherry manakala mercun adalah thunder clap, happy boom ycot, football cracker, mercun mancis, jumbo power, mercun botol, city light, 138 shot serta 28 shot.

Abdul Latif

"Ini adalah jenis-jenis bunga api dan mercun yang sering digunakan semasa musim perayaan. Kadar duti dan cukai yang tinggi menyumbang kepada aktiviti penyeludupan barangan terbabit,” katanya kepada Sinar Ahad. Abdul Latif berkata, ada pelbagai modus operandi kegiatan penyeludupan ini dilakukan antaranya membuat pengikraran palsu di mana mercun dan bunga api diikrar sebagai dagangan lain untuk mengelak daripada dikesan dan diperiksa.

Kebanyakannya adalah melalui kontena yang diikrar di pelabuhan utama negara. Tambahnya, ada juga kes di mana mercun dan bunga api ini disorokkan bersama-sama dengan barangan lain dan kebiasaannya adalah lori yang melalui sempadan negara.

"Selain itu, kastam juga mengesan pengimportan secara tidak sah yang melebihi kuota yang dibenarkan oleh agensi penguatkuasaan. Ada juga dikesan pengimportan mercun yang tidak diberi kelulusan tetapi diimport bersama bunga api yang diberi kelulusan,” jelasnya.

Menurut Abdul Latif, kegiatan itu masih berlaku walaupun banyak rampasan dan tindakan dijalankan kerana terdapat permintaan yang tinggi termasuk pada Hari Raya Aidilfitri.

"Transaksi penyeludupan mercun juga menyumbang kepada ekonomi gelap bagi membiayai aktiviti-aktiviti penyeludupan yang lain. Bagaimanapun, kita sentiasa memeriksa secara rapi ke atas kontena-kontena yang disyaki membawa masuk mercun dan bunga api melalui pelabuhan.

"Kastam juga mempertingkat pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan dan kenderaan persendirian semasa musim perayaan ketika masuk ke Malaysia melalui pintu masuk seperti Bukit Kayu Hitam, Kedah; Padang Besar, Perlis; dan Rantau Panjang, Kelantan,” ujarnya.Katanya lagi, kastam turut memantapkan sistem penilaian risiko dalam aktiviti penguatkuasaan untuk mengenal pasti kargo yang datang dari negara berisiko tinggi selain melaksanakan operasi khas pada setiap musim perayaan untuk mengekang kegiatan penyeludupan ini seperti Ops Letup 2.0 pada tahun ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan sentiasa dijalankan untuk mengesan sindiket atau individu yang terlibat dalam kegiatan serta rangkaian penyeludupan mercun.

Mengulas berkenaan statistik tindakan kastam, Abdul Kadir menjelaskan, pada tahun lalu, sebanyak 142 kes direkodkan dengan rampasan 110,000 kilogram (kg) bernilai RM1.13 juta manakala tahun ini setakat 15 April, 26 kes dilaporkan dengan rampasan 80,000 kg bernilai RM180,000.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan aktiviti penyeludupan boleh menghubungi pihak kastam di talian 1-800-88-8855.

PANTAU PASAR MALAM, BAZAR RAMADAN

Dalam pada itu, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan penyeludupan dan penjualan mercun secara haram.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mengarahkan semua kontinjen untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan di lokasi penjualan mercun seperti pasar malam dan bazar Ramadan.

Razarudin

"Polis akan melaksanakan pemantauan termasuklah di premis, pasar malam serta bazar Ramadan.

"Sekiranya dikesan individu terbabit tidak memiliki permit, lesen atau menjual mercun yang tidak dibenarkan, tindakan serta-merta akan diambil,” katanya kepada Sinar Ahad.

Tegas Razarudin, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. Sinar Harian pada Sabtu melaporkan sindiket penyeludupan mercun dikesan cuba mengambil kesempatan membawa masuk barangan itu ketika pihak berkuasa sedang menunaikan solat dan berbuka puasa.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, ini adalah antara modus operandi kegiatan penyeludupan mercun yang dikesan menjelang musim perayaan.

Pada Aidilfitri tahun lalu, polis membenarkan penjualan 36 bunga api jenis happy boom dan pop-pop, dengan syarat peniaga perlu mematuhi semua peraturan yang ditetap

Klik di sini untuk terus membaca