SHAH ALAM- Bekas aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim, menepis dakwaan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, bahawa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini hanya sandiwara politik Presidennya, Datuk Seri... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Bekas aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim, menepis dakwaan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, bahawa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini hanya sandiwara politik Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikutan itu, Adam Adli yang bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan kali ini, menegaskan Shahrul Nasrun mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana bimbang melihat keyakinan ditunjukkan PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Malah, Adam Adli berkata, PKR adalah sebuah parti demokratik, dianggotai oleh orang yang tidak gentar untuk terlibat dalam proses demokrasi walaupun dalam situasi yang dilihat runcing misalnya menjelang PRU15 yang jangka berlaku tidak lama lagi.

Adam Adli

"Kita ada keyakinan yang kuat bahawa anggota PKR cukup bersedia untuk mengisi dan memperkukuhkan kepimpinan parti menerusi pemilihan, sesuai dengan tanggungjawab perlembagaan kita tanpa perlu berselindung di sebalik alasan teknikal sehingga menangguhkan pemilihan seperti parti lawan.

"Kenyataan oleh Exco Pemuda UMNO tersebut hanya mendedahkan kegusaran mereka apabila melihat tahap keyakinan PKR berhadapan PRU15. Ini patut kita rai sebagai kemenangan moral awal buat kita," katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

Malah, Adam Adli berkata, ahli PKR tidak akan terpengaruh pun dengan cakap-cakap kosong memandangkan ia tidak lain hanya mencerminkan sudut pandang politik cetek dan cenderung anti demokrasi yang sudah pun dijangkakan.

"Malah saya pula tertanya-tanya jika benar serangan lapuk yang sedangkal ini datang dari seorang EXCO Pemuda, atau hanya kiriman nakal daripada laskar siber," katanya.

Shahrul Nasrun dipetik sebagai berkata, pemilihan dan perebutan jawatan dalam parti itu hanya sekadar untuk menafikan PKR sebuah parti berasaskan kroni dan keluarga Presidennya.

Klik di sini untuk terus membaca