SHAH ALAM - Hasrat bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkecai apabila beliau dikatakan tidak terbabit dengan program Debat Perdana diadakan di Universiti Malaya (UM)... Klik di sini untuk terus membaca
SHAH ALAM - Hasrat bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkecai apabila beliau dikatakan tidak terbabit dengan program Debat Perdana diadakan di Universiti Malaya (UM) pada 12 Mei depan.

Perkara itu disahkan oleh Rafizi sendiri yang mengesahkan bahawa beliau tidak terbabit dengan program Debat Perdana antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Najib di UM, bulan depan.

Rafizi yang juga calon Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan berkata beliau juga tidak terlibat dalam sebarang perbincangan mengenai debat itu.

"Saya juga tidak ada terima sebarang maklumat atau jemputan mengenai debat itu.

"Pun begitu saya sangat alu-alukan supaya politik negara dibawa kembali ke landasan perbahasan dasar," katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Premium.

Rafizi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau terbabit atau tidak dengan Debat Perdana antara Anwar dan Najib yang bakal diadakan pada bulan depan.

Terdahulu, media melaporkan debat umum antara Ahli Parlimen Pekan dan Ketua Pembangkang berhubung isu Sapura Energy Bhd itu akan diadakan di Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya,

pada 9 malam, 12 Mei ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil, dalam sidang media bersama pada Ahad, mengesahkan debat berkenaan akan berlangsung dalam tiga segmen.

"Bahagian pertama akan menyentuh mengenai masalah yang dihadapi Sapura Energy, serta sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

"Ia kemudian disusuli segmen kedua yang akan menyaksikan debat berhubung masa depan negara, merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir, dan hala tuju negara, sebelum diakhiri dengan sesi soal jawab dalam segmen ketiga.

"Kami percaya ramai yang menantikan debat perdana ini. Kami juga percaya acara ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai dan meraikan idea, hujah serta pandangan yang berbeza, dalam suasana aman yang mencerminkan budaya berpolitik yang lebih matang,” katanya dalam media pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Anwar berkata, semua media harus dibenarkan membuat liputan debat itu, merujuk kepada kem Najib yang berkata mereka berminat mengadakan debat itu secara langsung di Malaysia Gazette.

Kedua-dua pihak sebelum ini mempunyai pendapat yang berbeza mengenai bila perbahasan itu patut diadakan. Klik di sini untuk terus membaca