SHAH ALAM - Dua minggu menjelang Hari Raya Aidilfitri, semakin ramai pemilik kenderaan menghantar kenderaan masing-masing ke bengkel untuk di selenggara sebagai persediaan balik kampung. Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata mereka... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Dua minggu menjelang Hari Raya Aidilfitri, semakin ramai pemilik kenderaan menghantar kenderaan masing-masing ke bengkel untuk di selenggara sebagai persediaan balik kampung.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata mereka mengeluarkan belanja antara RM200 hingga RM500 untuk melakukan penyelenggaraan asas seperti menukar minyak enjin dan memeriksa pendingin hawa.

Selain itu didapati berlaku peningkatan harga upah penyelengaraan, alat ganti dan juga minyak hitam.

Menurut seorang pekerja bebas bidang percetakan dari Cheras, Hilmi Aizuddin Mohd Mustaza, 39, pula membelanjakan sekitar RM500 untuk menyelenggara enjin dan menukar minyak hitam.

Hilmi

Hilmi berkata, dia mendapati ada sedikit kenaikan dari segi kos upah penyelenggaraan kenderaan.

"Kalau harga alat ganti itu macam tak nampak sangat meningkat tapi kos upah meningkat ikut kedai,” ujarnya yang akan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan.

Sementara itu, peniaga dalam talian, Mohd Firdaus Mohd Aris, 37, memberitahu terdapat peningkatan harga minyak hitam dan palam pencucuh.

"Beberapa bulan lalu jenama minyak hitam yang saya guna berharga RM90 tapi sekarang naik lebih RM120. Untuk palam pencucuh saya beli dalam talian kerana lebih murah,” katanya yang akan pulang ke Kota Bharu, Kelantan.

Mohd Yusof

Sementara itu, seorang pesara, Mohd Yusof Jaafar, 68, berkata, dia sememangnya akan menghantar kenderaannya ke pusat servis di sini dua minggu lebih awal setiap kali sambutan Aidilfitri bagi mengelakkan terpaksa menunggu lama di bengkel kerana banyak kenderaan.

"Berdasarkan pengalaman pada tahun-tahun sebelum ini, bengkel akan lebih sesak bila seminggu lagi nak raya,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Dia yang akan pulang ke Batu Pahat, Johor berkata, kos untuk menukar minyak hitam keretanya adalah sekitar RM250.

"Untuk kali ini tukar minyak hitam sahaja, komponen lain macam tayar dan enjin masih elok,” ujarnya.

Seorang graduan, Muhammad Zikry Mohd Marzuki, 23, pula berkata, dia menghantar keretanya untuk diselenggara minggu ini bagi mengelakkan situasi tidak dijangka.

"Saya rancang untuk balik kampung empat hari sebelum raya. Jadi kalau hantar lambat, saya takut tak sempat siap dan terpaksa tunda perjalanan balik kampung.

"Kalau boleh nak elak balik lewat sangat, takut lebuh raya sesak,” ujarnya yang akan pulang ke Muar, Johor.

Noor Mashitah

Sementara itu seorang kerani, Noor Mashitah Mustapin, 22, berkata, dia menyelenggara kereta lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di bengkel.

"Saya merancang untuk ke Kuantan, Pahang raya kali ini memandangkan saya mungkin tak balik beraya di kampung di Tawau Sabah.

"Saya keluarkan belanja lebih kurang RM500 untuk tukar minyak hitam dan tukar tayar,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca