SHAH ALAM – Penamaan calon Perdana Menteri atau 'poster boy' bagi gabungan parti-parti politik masing-masing masih tidak memberikan keyakinan kuat untuk rakyat memilih mana-mana parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Penganalisis... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – Penamaan calon Perdana Menteri atau 'poster boy' bagi gabungan parti-parti politik masing-masing masih tidak memberikan keyakinan kuat untuk rakyat memilih mana-mana parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, ini dapat dilihat bagaimana Perikatan Nasional (PN) mengemukakan ‘Abah’ atau Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebagai 'poster boy' dalam kempen mereka yang dilihat ‘tidak mengena’.

Selain itu, Mujibu turut membangkitkan persoalan penerimaan orang ramai mengenai kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan 'poster boy' Pakatan Harapan (PH) di mana Ketua Pembangkang itu pernah gagal dalam pilihan raya sebelum ini.

"Setiap parti politik juga tidak boleh bergantung harap kepada 'poster boy' tanpa ada satu naratif dan penawaran yang kuat kepada rakyat.

"Memang benar 'poster boy' ini boleh memberikan nilai tambah kepada parti politik tetapi pengundi barangkali lebih melihat kepada elemen penawaran secara keseluruhan.

"Dan bagaimana keyakinan terhadap pergerakan parti itu daripada sudut pengalaman, kemampuan dan pasukan yang ditawarkan. Barangkali (ia) menjadi pertimbangan kepada pengundi berbanding 'poster boy' semata-mata,” katanya.

Mujibu dalam masa sama mengakui bahawa 'poster boy' yang diumumkan akan memberikan sedikit gambaran kepada orang ramai tentang hala tuju gabungan parti politik masing-masing.

"Kalau tengok penawaran BN dengan meletakkan Ismail Sabri itu lebih kepada bagaimana UMNO cuba berubah daripada tradisi yang lama iaitu Perdana Menteri itu datang daripada presiden parti.

"Bagaimanapun yang saya nampak, walaupun ada persetujuan (tentang) 'poster boy' ini, tetapi dalam konteks politik UMNO masih tidak dipersetujui secara padu,” jelasnya.

Untuk PN menamakan Muhyiddin dan Anwar bagi PH sebagai 'poster boy', Mujibu berpendapat ia telah dijangka.

Klik di sini untuk terus membaca