SHAH ALAM - Malaysia sudah bersedia menggunakan tenaga nuklear bagi menggantikan tenaga elektrik, namun bergantung kepada ketersediaan pakar dan sumber tenaga manusia. Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan (Biofizik Sinaran, Keselamatan Nuklear)... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Malaysia sudah bersedia menggunakan tenaga nuklear bagi menggantikan tenaga elektrik, namun bergantung kepada ketersediaan pakar dan sumber tenaga manusia.

Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan (Biofizik Sinaran, Keselamatan Nuklear) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ts Dr Faizal KP Kunchi Mohamed berkata, banyak negara yang menjadikan nuklear sebagai pilihan dan tambahan kepada sumber tenaga sedia ada.

"Tenaga nuklear boleh dikatakan bersih dari segi karbon, iaitu pada skala sifar. Dengan hanya sedikit bahan api uranium, boleh hasilkan banyak gigawalt tenaga.

"Sebelum ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan UKM ada lakukan kajian untuk melihat kesesuaian penggunaan tenaga nuklear.

"Banyak data cenderung kepada ia sesuai untuk guna tenaga nuklear (di Malaysia) asalkan boleh dilaksanakan dengan keselamatan yang terjamin seperti ditetapkan Badan Atom Antarabangsa,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Terdahulu memetik laporan portal berita, calon Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dilaporkan bercadang membangunkan loji tenaga nuklear bagi menurunkan kadar elektrik negara itu.

Mengulas lanjut, Dr Faizal berkata, kerajaan masa ini dilihat tidak berusaha secara serius ke arah menjadikan penggunaan nuklear sebagai alternatif kepada sumber tenaga elektrik.

Katanya, ramai pakar, pelajar kejuruteraan nuklear dari universiti tempatan yang keluar dan berkhidmat di luar negara ekoran tiada peluang di Malaysia.

"Melihat kepada ketersediaan yang ada, Malaysia sudah boleh melangkah ke arah menjadikan nuklear sebagai alternatif tenaga sedia ada.

"Kerajaan perlu giatkan kembali usaha ke arah melihat tenaga nuklear secara serius dan semak semula data-data research sebelum ini.

"Lihat kepada penaksiran risiko keselamatan dan merancang penggunaan sumber tenaga untuk diarahkan kepada nuklear kerana 'main concern' adalah keselamatan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca