BANYAK pihak berasa lega Sam Ke Ting dapat penangguhan sementara hukuman penjara. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membenarkan permohonan wanita yang berusia 27 tahun itu. Kes itu boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan. Kes ini... Klik di sini untuk terus membaca

BANYAK pihak berasa lega Sam Ke Ting dapat penangguhan sementara hukuman penjara. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membenarkan permohonan wanita yang berusia 27 tahun itu. Kes itu boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Kes ini memang menarik perhatian awam sejak Ke Ting mula dibicarakan. Beliau telah didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru sebelum ini. Apabila sampai ke Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman enam tahun penjara selain denda.

Sejak kejadian di mana lapan orang remaja yang berumur 14 hingga 16 tahun pada tahun 2017, memang kes ini mendapat perhatian yang besar. Ada macam-macam cerita yang timbul dan macam-macam spekulasi didengar.

Soal kemalangan jadi isu perkauman pula. Banyak pihak juga tanyakan bagaimanakah remaja yang terbabit boleh berada di jalan raya pada pukul 3.30 pagi.

Awang puji Ke Ting yang minta orang ramai jangan salahkan Mahkamah Tinggi dalam soal ini. Ini ekoran dari pandangan negatif orang ramai terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi, terutama dari netizan pelbagai kaum. Kata Ke Ting, beliau akur pada rule of law.

Keluarga Ke Ting juga menolak tawaran bantuan guaman dari parti politik seperti MCA dan juga dari peguam Bossku Tuk Seri Najib, Tan Sri Shafie Abdullah.

Awang harap keadilan akan terlaksana. Pada waktu yang sama, kita harap kemalangan maut membabitkan remaja tidak berlaku lagi.

Klik di sini untuk terus membaca