PADA bulan Ramadan yang mulia ini, banyaklah cerita kebajikan dan kebaikan yang kita dengar.
Awang tertarik dengan cerita seorang anak yang jaga ayah yang sakit selama sembilan tahun. Pada hari Ahad lepas, ayahnya Ab Hamid Mat Hussin, 64, telah menghembuskan nafas terakhir.
Cerita si anak, Mohd Farihan dari Kuala Nerus, Terengganu, yang dukung ayahnya yang lumpuh pernah viral di media sosial. Ada juga posting beliau bersama ayahnya menunggang motosikal. Banyaklah reaksi yang positif dari netizen.
Dedikasi Mohd Farihan pada ayahnya memang patut dipuji. Mereka bukan orang senang. Tapi kasih sayang dalam keluarga itu penting. Hari ini, ramai anak yang terlalu sibuk untuk membantu ibu bapa. Apa lagi jikalau ibu bapa dalam keadaan sakit bertahun-tahun.
Awang banyak dengar cerita ibu bapa yang sakit tidak dijaga dengan baik. Adakalanya anak-anak berada jauh dari ibu bapa. Mereka pulang sekali sekala. Nak upah orang tolong jagakan tidak mampu.
Ada juga cerita adik beradik berbalah siapa yang patut jaga ibu bapa. Maklumlah semua ada keluarga. Semua sibuk nak cari makan. Ada juga suami atau isteri yang tak mahu ibu bapa atau mertua yang sakit duduk bersama mereka.
Awang terdengar nasihat orang yang kata ibu bapa boleh besarkan lapan orang anak, tapi lapan orang anak belum tentu boleh jaga dua ibu bapa apabila mereka tua.
Klik di sini untuk terus membaca