SHAH ALAM - Gerak Independent yang ditubuhkan atas inisiatif bersama bagi membantu menilai dan mempromosikan calon-calon bebas bertanding dalam pilihan raya berperanan untuk mengembalikan semula kompas moral negara sekiranya dipilih sebagai... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Gerak Independent yang ditubuhkan atas inisiatif bersama bagi membantu menilai dan mempromosikan calon-calon bebas bertanding dalam pilihan raya berperanan untuk mengembalikan semula kompas moral negara sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

Pengasasnya, Mohamed Tawfik Ismail berkata, gerakan tersebut yang terdiri daripada golongan senior berusia 50-an dan 60-an mampu mengenal pasti janji-janji yang belum tertunai.

"Kami adalah golongan yang boleh dianggap sebagai senior. Semua berumur lebih daripada 50 dan 60 tahun. Kita boleh dikatakan sebagai anak merdeka yang mengalami pelbagai pemimpin sejak Tunku Abdu Rahman sehingga sekarang.

"Kita tahu apa yang telah dijanjikan dan apa yang tidak ditunaikan. Jadi tugas kami adalah untuk mengembalikan balik yang dikatakan kompas moral negara.

"Kita hendak beri balik peringatan kepada orang ramai apa yang telah dijanji dan apa yang telah dicapai,"katanya ketika ditemu bual dalam Program Bersama Johan Jaaffar yang bersiaran secara berlangsung di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Program tersebut dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.

Mohamed Tawfik menambah, kebanyakan individu yang baru dalam politik negara mungkin lupa atau tidak peka tentang sejarah lalu.

"Tapi sebagai senior, kita boleh masuk, boleh ingatkan. Inilah tujuan yang patutnya kita ikut dan kenapa kita tak sampai ke matlamat yang telah ditetapkan oleh pengasas-pengasas kita," katanya.

Ujarnya lagi, Gerakan Independent boleh menjadi kuasa yang seimbang di antara gabungan parti-parti politik yang ketika ini dilhat tidak kukuh dalam membentuk sesebuah kerajaan.

"Dalam sejarah dua tahun yang lepas, kita nampak sebuah parti yang kecil macam yang dipegang oleh Tun Mahathir dengan berapa orang saja boleh memegang kerajaan, memberi balance (keseimbangan) kepada parti-parti yang ada.

"Apabila Yang di-Pertuan Agong memanggil seseorang Ahli Parlimen untuk menjadi pemimpin sebagai Perdana Menteri, dia boleh pilih di antara 222 orang ini (ahli parlimen).

"Seorang yang di dalam pemikiran Tuanku yang boleh pegang ‘the confident of the house’. Jadi kita menawarkan diri sebagai alternatif kepada pemimpin yang lain," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca