SHAH ALAM - Gerak Independent tidak dibiayai oleh mana-mana pihak mahupun parti politik, sebaliknya digerakkan menggunakan dana pengasas bersama kumpulan tersebut.
Pengasasnya, Mohamed Tawfik Ismail berkata, dana dikumpulan dengan cara mereka sendiri antaranya termasuk dengan kaedah derma awam.
"Ini semua kita bayar sendiri. Kita cari dengan cara kita sendiri.
"Ya, derma awam satu daripada caranya dan mungkin cara yang lebih sesuai oleh kerana kita hendak rakyat memilih wakil rakyat yang mereka suka, dengan cara yang mereka mampu," katanya ketika ditemu bual dalam Program Bersama Johan Jaaffar yang bersiaran secara berlangsung di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Program tersebut dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.
Pada masa sama, Mohamed Tawfik menegaskan, sekiranya diberi peluang untuk memimpin, beliau berikrar untuk mengembalikan semula prinsip-prinsip politik dalam pentadbiran.
Katanya, perkara itu perlu disokong dengan perancangan masa depan yang sewajarnya antaranya dengan mewujudkan penubuhan satu jawatankuasa khas yang boleh menimbangkan semua akta-akta yang akan dibentangkan di Parlimen.
"Ini supaya akta-akta ini tidak menjejas masa depan orang yang akan datang selepas kita (orang muda).
"Ketiga, ekonomi negara juga mesti dikembalikan dengan seberapa jujur dan ikhlas supaya kita tidak mengalami seperti apa yang kita alami sekarang," katanya.
Klik di sini untuk terus membaca