Disebabkan banyak lagi masa yang terluang sebelum pergi ke kerja, Mat Taici pun buka media sosial untuk mengetahui apa perkembangan terkini yang menarik.
Mat Taici tidak menyangka pagi-pagi dunia media sosial sudah dihebohkan dengan berita tentang rusuhan tahanan yang dipercayai melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara, Bandar Baharu, Kedah dan ada yang meninggal di jalan raya kerana dilanggar.
Apa sudah jadi? Dipercayai kira-kira 650 tahanan Rohingya memulakan protes sekitar jam 5 pagi, hari ini sebelum bertukar menjadi rusuhan dan lebih 500 tahanan telah berjaya melarikan diri dari depot terbabit.
Sewaktu melarikan diri, sebahagian daripada mereka dikatakan dirempuh kereta ketika cuba melintas Lebuhraya PLUS dalam keadaan huru-hara. Akibatnya, 10 dari 528 tahanan mati di tempat kejadian.
Sementara itu, 229 daripada tahanan berkenaan berjaya ditahan semula, 88 orang lagi ditahan penduduk kampung serta Jabatan Imigresen manakala 205 termasuk kanak-kanak dan warga emas masih hilang.
Apabila Mat Taici membaca berita dan melihat video-video yang dipaparkan itu, Mat Taici terus menggeleng kepala. Mat Taici pelik bagaimana tahanan yang juga terdiri daripada warga emas dan kanak-kanak itu boleh memboloskan diri dengan berlenggang kangkung tanpa diketahui oleh pihak berkuasa?
Macam tidak logik pun ada...takkan tidak ada seorang pun pengawal yang perasan keadaan itu sedangkan terdapat pagar atau dawai pertahanan yang menjadi benteng dan penghalang.
Ada komen dari media sosial yang menunjukkan rasa simpati kepada pegawai yang bertugas kerana mereka harus bertanggungjawab atas insiden itu.
Ada juga yang meluahkan rasa kasihan terhadap nasib warga Rohingya yang meninggal di jalanan dengan mengatakan migran juga manusia biasa yang berhak diberi perlindungan dan hak asasi manusia seperti orang lain.
Namun, rata-rata netizen menunjukkan sikap tidak puas hati terhadap tahanan Rohingya yang dianggap sebagai kurang ajar dan menyusahkan ramai pihak itu. Mana tidaknya, ketika mereka ditindas di bumi sendiri, kerajaan Malaysia pernah menerima dan membantu namun di ambil kesempatan begitu sahaja umpama sudah diberi betis, hendak pula peha.
Jika kita lihat keadaan tahanan yang lari ketika itu, mereka hanya berlenggang sehelai sepinggang seperti merentas desa tanpa memikirkan keselamatan diri dan anak kecil serta tidak mengendahkan arahan daripada pihak polis yang cuba menghentikan tindakan mereka.
Yang pasti, Jabatan Imigresen Malaysia akan panas bontot apabila disoal siasat dengan 1,001 soalan kelak akibat tragedi berdarah itu yang mungkin berpunca daripada kecuaian pihak tertentu.
Pss: Imigresen ada bagi kenyataan media tetapi masih belum cukup Klik di sini untuk terus membaca