SHAH ALAM - Cadangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung pindaan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu diambil kira bersama dengan kompetensi pihak-pihak yang... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Cadangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung pindaan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu diambil kira bersama dengan kompetensi pihak-pihak yang terlibat.

Naib Presiden Bahagian Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Fatin Nur Majdina Nordin berkata, saranan tersebut perlu diberi perhatian dan dilakukan dengan lebih teliti memandangkan ia melibatkan banyak pihak seperti agensi, jabatan berkaitan serta pihak pengurusan pusat jagaan.

"Pihak yang menguruskan aspek berkaitan seperti pendaftaran, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan juga perlu ada kompetensi atau keupayaan untuk membantu pihak rumah jagaan ini untuk melakukan kerja dengan lebih baik, seperti mengadakan bengkel latihan dan pengurusan kepada semua pengurus pusat jagaan.

"Kadang-kadang pengurusan oleh pusat jagaan atau perlindungan seperti urusan pendaftaran, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan mengambil masa yang lama kerana melibatkan urusan teknikal.

"Oleh itu, mereka perlu dibantu dan diberi sokongan kerana kebanyakan mereka adalah NGO yang berhasrat membantu dalam menangani isu-isu berkaitan.

"Jadi cadangan pindaan dan penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak berkenaan bagus, tetapi kompetensi pihak mengurus perlu diambil kira juga,” katanya kepada Sinar Harian.Pada Selasa, Tunku Ismail mencadangkan undang-undang semasa bagi Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi memastikan kes penderaan mangsa sindrom Down dikenali sebagai Bella tidak lagi berulang.

Mengulas lanjut, Fatin Nur Majdina berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial juga wajar diberi perhatian dan penting untuk diketengahkan."Bagi yang menguruskan rumah kebajikan sama ada bagi orang kurang upaya (OKU), anak yatim atau mangsa rentan, kita harus mulakan dengan rasa tanggungjawab dan niat yang betul.

"Saya ingat paling utama bagi pihak pengurusan pusat jagaan atau rumah perlindungan ialah keupayaan dan kompetensi untuk urusan berkaitan perundangan serta dokumentasi.

"Seterusnya ialah bantuan dan sokongan pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi terlibat kepada pihak pengurusan supaya kita dapat menghalang daripada isu-isu yang tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca