SHAH ALAM - Pemecatan Raja Arizal Raja Arif selaku Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus menerusi sepucuk surat pada 17 April lalu didakwa tidak sah dan melanggar perlembagaan parti. Ini kerana berdasarkan Fasal 28 (4) dan 28(8) Perlembagaan Pas... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemecatan Raja Arizal Raja Arif selaku Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus menerusi sepucuk surat pada 17 April lalu didakwa tidak sah dan melanggar perlembagaan parti.

Ini kerana berdasarkan Fasal 28 (4) dan 28(8) Perlembagaan Pas (pindaan 2020) tidak memberi kuasa kepada Jawatankuasa Harian Pas Kawasan bagi melaksanakan maksud dan tujuan seperti tercatat dalam surat pemecatan bertarikh 17 April 2022 berkenaan.

Berikutan itu, Raja Arizal menegaskan kegagalan memahami Perlembagaan Pas boleh mendatangkan aib dan kesipuan kepada Pas Kawasan Kuala Nerus yang sudah berusia lebih 62 tahun.

"Sayugia saya menyarankan supaya kepemimpinan tertinggi Pas Kawasan Kuala Nerus supaya menjalankan amanah diberikan perwakilan parti berdasarkan tatalaku dan peraturan terdapat dalam perlembagaan parti dan panduan Pejabat Agung Pas dengan cermat dan lebih teliti," katanya dalam sepucuk surat dihantar kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus bertarikh 20 April 2022 yang tular di media sosial pada Khamis.

Untuk rekod, Fasal 28(4) Perlembagaan Pas menetapkan bahawa seseorang setiausaha atau penolongnya; bendahari, ketua penerangan atau pengarah pilihan raya Kawasan hendaklah dilantik oleh Yang Dipertua Pas Kawasan di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan.

Mereka akan memegang jawatan masing-masing sehingga dua kali Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan yang akan datang atau sehingga meletakkan jawatan atau dengan apa-apa jua sebab yang menghalang bagi pemegang jawatan itu dari menghalangnya pemegang jawatan itu dari menjalankan tugas ditentukan.

Perkara 28(8) Perlembagaan Pas, pula memperuntukan bahawa Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan boleh menahan seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan daripada menjalankan tugasnya untuk tempoh tertentu sahaja kecuali dengan persetujuan dua per tiga AJK Pas Pusat berkenaan.

Terdahulu media melaporkan Pas Kuala Nerus memecat salah seorang pemimpin kawasan terbabit ekoran terkait dengan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, yang melompat parti, baru-baru ini.

Menurut Malaysiakini, surat pemecatan ke atas Raja Arizal Raja Arif selaku ketua penerangan Pas kawasan itu difahamkan menggunakan istilah "digugurkan” dan ia dikeluarkan pada minggu lalu.

Raja Arizal ketika dihubungi pada Khamis mengesahkan pemecatan tersebut.

Klik di sini untuk terus membaca