SEPATUTNYA sewaktu negara dilanda pandemik, pertambahan penduduk meningkat dalam kalangan rakyat. Peliknya pada tahun 2020, kadar kesuburan rakyat menurun ke tahap terendah sejak 40 tahun lalu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir... Klik di sini untuk terus membaca

SEPATUTNYA sewaktu negara dilanda pandemik, pertambahan penduduk meningkat dalam kalangan rakyat. Peliknya pada tahun 2020, kadar kesuburan rakyat menurun ke tahap terendah sejak 40 tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar kesuburan jumlah (total fertility rate atau TFR) bagi wanita umur produktif mencatatkan penurunan dengan 1.7 anak pada 2020. Pada tahun 1970, TFR bagi wanita umur produktif adalah 4.9 anak.

TFR bagi bumiputera juga mencatatkan kemerosotan pada tahun 2020 berbanding 10 tahun lalu, daripada 2.6 anak pada 2.2 orang.

Bagi kaum Cina penurunan itu adalah daripada 1.5 ke 1.0 anak dan etnik India daripada 1.7 anak kepada 1.2 anak. Menurut Mohd Uzir, penurunan itu selari dengan apa yang berlaku di negara-negara maju seperti United Kingdom (UK), Australia, Jepun dan lain-lain.

Bilangan kelahiran hidup pada tahun 2020 dicatatkan pada jumlah 470,195 orang, atau menurun 3.6 peratus berbanding 487,957 pada tahun sebelumnya. Dari segi jumlah Kadar Kelahiran Kasar (CBR) berdasarkan 1,000 penduduk, kelahiran pada tahun 2020 adalah 14.4 berbanding 15.0 pada tahun 2019.

Menurut beliau lagi, bagi mengekalkan kadar populasi yang stabil, sesebuah negara memerlukan kadar kesuburan minimum 2.1 bagi setiap wanita. Hal ini nampaknya tidak berlaku di Malaysia.

Awang sekadar ingin bertanya, apakah yang berlaku pada rakyat kita?

Klik di sini untuk terus membaca