APA yang kita tahu terdapat 23 orang anggota imigresen yang bertanggungjawab ke atas 664 orang tahanan, termasuk 97 orang wanita dan 137 orang kanak-kanak. Kita juga dimaklumkan bahawa Depot Sementara Imigresen Sungai Bakap itu sudah sesak.
Pada Subuh 20 April lalu, berlaku rusuhan di situ dan 528 tahanan melarikan diri, 294 orang lelaki dan 97 orang wanita serta kesemua kanak-kanak. Hanya 136 yang tidak melarikan diri. Enam orang terbunuh sewaktu melintas di Lebuhraya PLUS, termasuk dua orang kanak-kanak.
Ini merupakan kejadian ke-10 tahanan lari dari depot imigresen sejak tahun 1999. Bagaimanapun, kejadian kali ini membabitkan jumlah paling ramai dalam sejarah. Awang macam rakyat Malaysia lain juga, amat kesal dengan kejadian yang berlaku.
Menurut laporan akhbar ini, tahanan Rohingya di situ memprotes oleh sebab salah seorang daripada mereka yang sakit tidak mendapat rawatan. Orang itu meninggal dunia.
Banyaklah soalan yang muncul akibat kejadian malang dan tragis ini. Jelaslah bahawa pusat tahanan yang menempatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak diselia dengan baik dan memuaskan. Awang harap bedah siasat perlu segera dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian ini. Satu jawatankuasa siasatan bebas harus ditubuhkan segera untuk tujuan itu.
Awang juga berharap ada pihak menerima tanggungjawab kelemahan yang berlaku. Ini soal serius yang menjejaskan nama baik kita di mata dunia.
Klik di sini untuk terus membaca