SHAH ALAM - Reka bentuk struktur bangunan projek-projek terkini Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dibuat dengan mengambil kira keperluan seismik berdasarkan zon seismik dan merujuk kepada piawaian MS EN 1998-1 (2015) (Design of Structure... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Reka bentuk struktur bangunan projek-projek terkini Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dibuat dengan mengambil kira keperluan seismik berdasarkan zon seismik dan merujuk kepada piawaian MS EN 1998-1 (2015) (Design of Structure for Earthquake Resistance).

Bangunan yang direka bentuk dengan mengambil kira keperluan seismik akan mempunyai ketahanan terhadap gegaran gempa bumi serta dapat mengelak risiko daripada berlakunya kerosakan teruk atau keruntuhan kepada bangunan.

Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Ir Badioezaman Ab Khalik memaklumkan pada ketika ini Malaysia telah mempunyai beberapa bangunan kerajaan yang telah direkabentuk dengan mengambil kira keperluan seismik berkenaan.

Antara contoh bangunan kerajaan di mana projek dilaksanakan oleh JKR dan direkabentuk berdasarkan keperluan seismik adalah Bangunan Mahkamah Syariah Kota Kinabalu dan Pejabat Kastam Kota Kinabalu di Sabah.

Kerajaan juga mewartakan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2021 bertarikh 31 Disember 2021 di mana reka bentuk dan pembinaan struktur atau sebahagian daripada struktur hendaklah mematuhi piawaian PM PE 1998 – Rekabentuk Struktur untuk Rintangan Gempa Bumi atau MS EN 1998 (Design of Structure for Earthquake Resistance).

Pejabat Kastam Kota Kinabalu di Sabah direkabentuk berdasarkan keperluan seismik.

Kod ini perlu dirujuk bersekali dengan National Annex:2017 (NA) (diterbitkan pada 2017) yang memperinci secara lebih mendalam keperluan teknikal bagi reka bentuk sesuai dengan keadaan Malaysia.

Dalam NA ini juga terdapat Peta Bahaya Seismik Malaysia yang dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama JKR, beberapa Universiti tempatan dan agensi kerajaan lain.

Namun tidak semua bangunan baharu perlu direka bentuk mengambil kira beban seismik. Ia bergantung kepada zon seismik di mana bangunan akan dibina selain dari faktor-faktor lain seperti kepentingan bangunan dan jenis tanah.

JKR sebagai agensi teknikal negara yang diberi tanggungjawab melaksanakan pelbagai projek pembangunan kerajaan juga dilibatkan dalam jawatankuasa peringkat kebangsaan berkaitan seismik antaranya Jawatankuasa Pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia serta Jawatankuasa Teknikal Bagi Gempa dalam penghasilan NA 2017.

Klik di sini untuk terus membaca