SHAH ALAM - Kerajaan perlu mewujudkan sebuah mekanisme sistem tabung endowment bagi menjana pendapatan tahunan secara berterusan di negara ini. Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mewujudkan sebuah mekanisme sistem tabung endowment bagi menjana pendapatan tahunan secara berterusan di negara ini.

Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, saranan tersebut bertujuan menjana pendapatan negara untuk jangka panjang.

Ujar beliau, setakat ini Malaysia tidak mempunyai sistem endowment, sebaliknya hanya ada syarikat milik kerajaan seperti Petronas dan Khazanah.

"Kita boleh melakukannya. Kalau kita mewujudkan tabung endowment ini, kita masukkan syarikat-syarikat milik kerajaan yang tersenarai di dalam Malaysia seperti Petronas, Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan semua saham-saham syarikat kerajaan ke dalam tabung ini.

"Kerajaan sebenarnya menguasai lebih 40 peratus dalam syarikat-syarikat tersenarai di Malaysia. Kita boleh masukkan ke situ dan ia akan diurus oleh pasukan pengurusan aset yang berwibawa dengan matlamat tiap-tiap tahun.

"Ia akan menjana keuntungan daripada tabung endowment ini dan keuntungan itu boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan. Itu mungkin akan mewujudkan satu sistem kewangan yang lestari."Jadi, apa yang kita perlu untuk jangka panjang ialah satu mekanisme mewujudkan tabung endowment yang boleh menjana pendapatan tahunan berterusan melalui sistem ini,” katanya kepada Sinar Ahad.

Klik di sini untuk terus membaca