SHAH ALAM - Kedudukan Malaysia yang berdekatan dengan negara-negara jiran dalam Lingkaran Api Pasifik menyebabkan penduduk negara ini mempunyai pendedahan, pengetahuan dan mungkin juga pengalaman kejadian gempa bumi. Bagaimanapun terdapat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kedudukan Malaysia yang berdekatan dengan negara-negara jiran dalam Lingkaran Api Pasifik menyebabkan penduduk negara ini mempunyai pendedahan, pengetahuan dan mungkin juga pengalaman kejadian gempa bumi.

Bagaimanapun terdapat pelbagai kepercayaan dan kisah fiksyen gempa bumi yang berlegar dalam masyarakat kita.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkongsi fakta dan mitos berkenaan.

Menurut METMalaysia antara fakta penting yang rakyat Malaysia perlu tahu ialah 90 peratus kejadian gempa bumi dunia berlaku di Lingkaran Api Pasifik.

Negara jiran Malaysia iaitu Filipina dan Indonesia adalah antara negara yang berada dalam lingkaran tersebut.

Negara lain yang berada dalam Lingkaran Api Pasifik termasuklah New Zealand, Papua New Guinea, Jepun, Amerika Syarikat, Chile, Kanada, Guatemala, Rusia, Peru dan Mexico.

METMalaysia mendedahkan 80 peratus daripada kejadian tsunami adalah berpunca daripada gempa bumi.

Contoh terdekat ialah peristiwa tsunami paling dahsyat yang turut menjejaskan Malaysia pada 26 Disember 2004 adalah berpunca daripada gempa bumi dengan kekuatan 9.1 hingga 9.3 skala Richter di pantai barat Sumatera.

Jelas METMalaysia, antara mitos atau fiksyen yang perlu diperbetulkan orang ramai ialah Malaysia bebas daripada ancaman gempa bumi.

Ini kerana walaupun Malaysia tidak berada betul-betul dalam Lingkaran Api Pasifik, tetapi negara turut merekodkan kejadian gempa bumi tempatan dengan magnitud yang sederhana.

Selain itu, Malaysia sudah tentunya turut merasa tempias gempa negara jiran sebagai tsunami Aceh 2004 yang mengorbankan 68 nyawa rakyat negara ini terutama di Kedah dan Pulau Pinang.

Contoh gempa bumi tempatan atau gempa bumi yang terjadi di Malaysia pada skala Richter yang agak tinggi ialah di Ranau, Sabah pada tahun 2015.

Kekuatan gempa yang direkodkan ialah 6.0 skala Richter.

Selain itu, METMalaysia menegaskan pendapat bahawa gempa bumi boleh diramal juga adalah fiksyen.

Tiada saintis termasuk di luar negara mampu meramal bila gempa akan berlaku.

Klik di sini untuk terus membaca