SHAH ALAM - Pakar kesihatan awam menyambut baik cadangan kerajaan untuk mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda pandemik Covid-19. Setiausaha Kehormat, Akademi Perubatan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pakar kesihatan awam menyambut baik cadangan kerajaan untuk mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Setiausaha Kehormat, Akademi Perubatan Pekerjaan dan Alam Sekitar Malaysia, Dr Marzuki Isahak berkata, beliau melihat kesediaan kerajaan memberikan kelonggaran kepada SOP pemakaian pelitup muka adalah tepat berikutan penurunan jumlah kes harian dan kematian akibat Covid-19 di Malaysia sekarang ini.

Tambahan pula, Dr Marzuki berkata, pengguna pelitup muka terutama jenis biasa dan perubatan didapati kurang berkesan untuk membendung penularan kes penyakit bawaan udara seperti Covid-19 terutama di kawasan tertutup serta sesak.

Beliau berkata, hanya pelitup muka jenis N95 sahaja yang mampu menapis dan mengurangkan kadar jangkitan virus seperti Covid-19 yang mudah tersebar menerusi udara.

DR MARZUKI

"Jadi langkah kerana melonggar SOP pemakaian perlitup muka adalah tepat susulan penurunkan kes harian dan kematian akibat jangkitan Covid-19 di Malaysia sekarang ini.

"Bagaimanapun, saya berpandangan kerajaan patut kekalkan syarat mewajibkan pengembara dari luar negara menjalani ujian kendiri RTK-Ag apabila tiba di pintu masuk utama negara kerana mereka berada dalam penerbangan dan tempat tertutup lama sebelum sampai ke Malaysia, sekali gus berisiko menjadi pembawa dan penyebar wabak Covid-19 ke negara ini," katanya.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan akan mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda pandemik Covid-19, dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman itu bakal meliputi sama ada SOP berkenaan perlu diteruskan atau sebaliknya selepas perkara berkenaan diteliti dan dibincangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Ada tiga perkara besar, saya tidak pasti bila ia akan diumumkan, namun KKM sedang berbincang serta bermesyuarat mengenai pelitup muka, MySejahtera dan sama ada perlu melakukan ujian PCR/RTK sebaik saja tiba di lapangan terbang atau ketika memasuki pusat beli-belah atau mana-mana tempat awam. Tunggulah, kita akan umum. Kita doakan berita gembira," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di Seremban pada Sabtu lalu.

Klik di sini untuk terus membaca