SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kini sedang menyiasat beberapa aduan pelanggaran etika pemilihan termasuk tindakan calon pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa menyelar pihak lawan semasa berkempen.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kini sedang menyiasat beberapa aduan pelanggaran etika pemilihan termasuk tindakan calon pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa menyelar pihak lawan semasa berkempen.

Pengerusinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, tindakan itu dilakukan selepas JPP menerima beberapa aduan berhubung tindakan segelintir calon yang melakukan perbuatan menyalahi tataetika kempen seperti menyelar pihak lawan.

"Aduan-aduan ini sedang diteliti dan jika serius boleh diambil tindakan sehingga menggugurkan pencalonan dan dihadapkan ke Lembaga Disiplin," katanya kepada Sinar Premium.

Untuk rekod pemilihan kali ini menyaksikan jawatan Presiden PKR bagi tempoh 2022 hingga 2025 dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tiada calon lain berani tampil mencabarnya.

Jawatan Timbalan Presiden pula menjadi rebutan antara Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Naib Presiden, Rafizi Ramli, manakala 18 calon lain termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar, Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

DR ZALIHA

Dalam pada itu, Dr Zaliha mengesahkan sehingga kini hanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Datuk Michael Yek Diew Ching menjadi calon tunggal yang menarik diri daripada merebut jawatan Naib Presiden PKR bersama 17 pemimpin lain, pada pemilihan PKR kali ini.

"Hanya seorang sahaja calon Naib Presiden yang menarik diri iaitu YB Yek Dew Ching, namun tiada alasan jelas diberikan," katanya.

Dr Zaliha berkata, pihaknya sedang membuat persiapan rapi termasuk melatih pengawas dan petugas serta menyediakan tablet dan keperluan logistik lain bagi memastikan proses pengundian sempena pemilihan PKR kali ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah berbangkit.

Beliau berkata JPP juga akan mewujudkan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi di setiap cabang bagi memudahkan ahli PKR membuang undi sempena pemilihan kali ini.

"Bagaimanapun, kita akan menyediakan dua pusat pengundian di kawasan yang besar seperti di Baram dan Ulu Rajang di Sarawak.

"Jumlah petugas akan dilihat daripada unjuran pengundi yang akan keluar bagi setiap cabang. Malah, JPP memerlukan lebih daripada 1,000 petugas secara keseluruhannya. Saya juga ingin menasihati semua anggota PKR supaya keluar pada waktu mengundi yang akan ditentukan kelak," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca