TIDAK ada siapa yang patut melindungi amalan rasuah. Amalan rasuah pada peringkat mana pun harus ditentang termasuk pada peringkat kehakiman.
Tapi kenalah ada kaedah siasatan yang betul ke atas mereka. Lebih-lebih lagi jika punca dakwaan itu datangnya dari entah sumber mana.
Institusi kehakiman ada badan yang menyelia dan mengawal integritinya.
Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuka siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazai mengundang banyak teguran. Pelbagai pihak membangkitkan cara siasatan itu diumumkan. Di antara yang paling lantang bersuara ialah Ahli Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR), Hassan Abdul Karim yang juga ahli Parlimen Pasir Gudang.
Kata beliau, hakim-hakim sepatutnya dilindungi daripada sebarang tindakan pihak eksekutif.
Hakim Mohd Nazlan memang diserang sejak dia menghakimi kes Bossku Tuk Seri Najib melibatkan SRC International.
Sejak awal lagi ada yang kata dia ada kaitan keluarga dengan Tun mantan Perdana Menteri.
Serangan itu nampaknya tak habis-habis dan bertalu-talu.
Macam kata Karim, sekarang telah wujud persepsi bahawa tindakan ke atas hakim berkenaan ada kaitannya dengan keputusan penghakiman beliau dalam kes SRC International.
Klik di sini untuk terus membaca