HARI-HARI kita dengar ada kes baharu babitkan penipuan dalam talian. Ada kes scammer sana, ada kes scammer sini. Jangan kata duit dalam bank, nak beli baju raya online pun boleh kena scam. Khabarnya ramai orang dah kena, ada yang hilang... Klik di sini untuk terus membaca

HARI-HARI kita dengar ada kes baharu babitkan penipuan dalam talian. Ada kes scammer sana, ada kes scammer sini. Jangan kata duit dalam bank, nak beli baju raya online pun boleh kena scam.

Khabarnya ramai orang dah kena, ada yang hilang duit beratus ribu ringgit. Macam-macam cerita kita dengar dalam media. Macam-macam aduan juga kita dengar telah dibuat.

Tapi Awang rasa pelik dan ajaib, kita ada pelbagai institusi dan badan kawalan. Kita ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bahagian jenayah komersial PDRM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selain bank yang terlibat.

Tak bolehkah dicari cara bersama nak selesaikan masalah itu? Tak bolehkah dibuat satu pasukan petugas (task force) bersama untuk halang hal itu daripada berlaku? Awang rasa pelik semua pihak macam tak tahu nak buat apa.

Awang kesal sebab yang banyak kena ialah mereka berpendapatan kecil. Duit dalam bank bukan banyak mana. Ia simpanan mereka dari hasil titik peluh. Ada yang keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bayar hutang dan berbelanja sedikit sebanyak sewaktu hari raya. Mereka juga jadi sasaran.

Awang dengar cerita ada yang simpanan dalam bank licin angkara perbuatan scammers ini.

Pihak yang berwajib patut pastikan semua urus niaga dagang dan perbankan kita selamat dan terjamin. Lebih-lebih lagi rakyat kita berurusan secara talian sekarang.

Sampai bila cerita penipuan dalam talian ini akan berterusan? Sampai orang ramai hilang keyakinan pada sistem perbankan kita?

Klik di sini untuk terus membaca