PUTRAJAYA – Tiada siapa boleh menghalang bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, untuk kembali aktif dalam politik tanah air dan merebut apa jawatan sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahu Majlis Kerja Tertinggi... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA – Tiada siapa boleh menghalang bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, untuk kembali aktif dalam politik tanah air dan merebut apa jawatan sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ini kerana UMNO adalah sebuah parti Melayu itu yang mengamalkan semangat demokrasi dan tidak menghalang mana-mana ahlinya menjadi pemimpin setiap peringkat.

Justeru itu, Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berkata, mana-mana ahli UMNO termasuk Dr Mohamad Khir berhak merebut jawatan tertinggi parti itu sama ada peringkat cawangan mahu pun bahagian apabila musim pemilihan tiba.

"Dalam politik ini bebas, siapa nak 'comeback' ke nak datang ke biarlah ahli menentukan. Kalau di Sungai Besar, biar ahli UMNO Bahagian Sungai Besar tentukan, kalau dalam pilihan raya, biarlah rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen berkenaan menentukan.

"Kita mengamalkan dasar demokrasi, jadi terpulang kepada ahli UMNO di Sungai Besar dan kalau dalam pilihan raya pula terserahlah kepada pengundi,” katanya di Putrajaya.

Media sebelum ini, melaporkan Mohamad Khir secara terbuka menyatakan hasrat untuk kembali ke dalam arena politik dan mahu merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang kini disandang oleh Datuk Seri Jamal Yunos.

Ditanya pandangannya mengenai isu 'PasLeak' Noh berkata, apa yang penting UMNO sudah kembali memperoleh kekuatan dan bersatu selepas MKT memutuskan dan memberikan mandat bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

"Saya punca prinsip mereka nak buat apa buatlah tetapi apa yang penting UMNO hari ini sudah kembali memperoleh kekuatan apabila MKT telah membuat pengumuman bahawa bakal Perdana Menteri jika BN menang PRU15 adalah Datuk Seri Ismail Sabri. Itu sudah cukup untuk menyatupadukan ahli UMNO.

"Kalau ada tuduhan bahawa sekarang wujud Kluster Putrajaya dan Kluster PWTC sekarang sudah tiada. Sekarang ini hanya ada Kluster UMNO yang mahu memastikan Barisan Nasional (BN) menang dan calon bakal Perdana Menteri kita ialah Datuk Seri Ismail Sabri seperti diputuskan oleh mesyuarat MKT, sebelum ini," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca