SHAH ALAM - Jelajah ‘Ayuh Malaysia’ yang digerakkan bersama oleh pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli akan bermula di Kuala Lumpur selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Nurul Izzah yang juga... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Jelajah ‘Ayuh Malaysia’ yang digerakkan bersama oleh pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli akan bermula di Kuala Lumpur selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, tarikh rasmi jelajah ke seluruh Malaysia itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan Johor akan menjadi destinasi kedua selepas Kuala Lumpur.

"Tumpuan saya sekarang adalah untuk memastikan pengundi atas pagar keluar mengundi beramai-ramai. Siapa yang layak, kita nak pastikan keluar untuk mengundi

"Bagi menarik golongan ini, kita bermula dengan langkah konservatif dengan tumpuan pada lima dasar di bawah ‘Ayuh Malaysia’ dan melihat bagaimana pandangan menerusi sesi-sesi yang kita akan adakan.

"Kita nak golongan pengundi atas pagar ini dengar dahulu apa yang kita nak sampaikan. KIta juga ingin tahu apa sebenarnya harapan dan aspirasi pengundi, sebelum kita menepati dan mengajak mereka keluar mengundi beramai-ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Kempen bertemakan ‘Ayuh Malaysia’ telah dirasmikan Rafizi pada 26 Mac lalu bagi menarik sokongan pengundi atas pagar sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kempen itu bermatlamat untuk mengajak sukarelawan dalam kalangan rakyat yang mahukan perubahan dengan memainkan peranan di dalam kempen digital, menjadi Ejen Kira Undi (PACA) dan sukarelawan pilihan raya.

‘Ayuh Malaysia’ membentangkan lima teras yang dianggap radikal iaitu jaminan makanan, tenaga dan sumber boleh diperbaharui, vokasional dan teknikal, perumahan mampu milik dan mapan serta pendemokrasian pendidikan.

Klik di sini untuk terus membaca