SATU projek pembangunan bernilai kira-kira AS$20 bilion (RM87.20 bilion) sedang dilaksanakan bagi menggantikan kawasan penduduk yang sesak dan kotor di bandar raya Jeddah, Arab Saudi. Bagaimanapun, projek pembangunan tersebut tidak mendapat... Klik di sini untuk terus membaca

SATU projek pembangunan bernilai kira-kira AS$20 bilion (RM87.20 bilion) sedang dilaksanakan bagi menggantikan kawasan penduduk yang sesak dan kotor di bandar raya Jeddah, Arab Saudi.

Bagaimanapun, projek pembangunan tersebut tidak mendapat sokongan daripada sebahagian penduduk awam sebaliknya ia menyebabkan timbulnya kemarahan daripada mereka di negara yang mengamalkan pemerintahan beraja itu.

Kira-kira setengah juta penduduk terlibat dengan projek pembinaan tersebut apabila mereka kehilangan rumah atau kediaman masing-masing yang menjadi tempat tinggal sejak sekian lama.

Pihak berkuasa negara berkenaan menyatakan projek pembangunan itu adalah projek cetusan daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman yang mahu menggantikan kawasan penduduk itu dengan kemudahan moden.

Antara kemudahan moden yang mahu didirikan itu ialah stadium, oseanarium atau akuarium gergasi yang dipenuhi dengan hidupan laut dan sebuah panggung opera.

Sekurang-kurangnya sebanyak 10 kawasan kejiranan telah dihapuskan sepenuhnya manakala kerja-kerja perobohan masih dijalankan di beberapa kawasan penduduk dengan pelan pembangunan itu melibatkan sejumlah buah daerah yang kebanyakannya terletak di bahagian selatan bandar pelabuhan tersebut.

Perpindahan penduduk dari kawasan berkenaan telah menyebabkan berlakunya krisis perumahan dengan harga sewa melonjak dan dalam sesetengah kes, sewa kediaman didapati meningkat dua kali ganda.

Sebaliknya, terdapat juga penduduk yang menuduh kerajaan memusnahkan daerah kelas pekerja yang bertenaga kerana ia turut didiami oleh golongan imigran.

GERBANG KE MAKKAH

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia, kerja-kerja perobohan rumah-rumah di kawasan tersebut dihentikan buat sementara waktu dan dijangka dilakukan semula pada bulan depan.

Bagaimanapun, pegawai di Jeddah iaitu bandar raya kedua terbesar Arab Saudi tidak menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen tentang projek tersebut.

Pada kebiasaanya, bandar raya itu dirujuk sebagai 'Gerbang ke Makkah', adalah adalah hab pelancongan yang meriah perniagaan restoran-restoran di tepi pantai dan pernah menjadi tuan rumah festival filem utama dan perlimbaan jentera Formula Satu.

Sebelum Putera Mohammed memulakan usaha liberalisasi sosial untuk memodenkan negaranya, bandar raya di pantai Laut Merah itu menikmati tahap kebebasan yang membantu melahirkan motonya yang memperlihatkan bahawa Jeddah adalah berbeza dengan tempat-tempat lain di negara berkenaan.

Kerja-kerja merobohkan rumah-rumah lama sedang dilakukan di Jeddah. - Foto AFP

Namun, perobohan rumah-rumah di kawasan berkenaan berisiko menyemarakkan sentimen antikerajaan, kebanyakannya menempatkan campuran penduduk Arab Saudi dan warga asing dari negara Arab lain serta Asia.

Penduduk yang diarahkan keluar dari kawasan tersebut telah tinggal di rumah mereka selama sehingga 60 tahun sebelum ini, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk hak-hak asai manusia yang dikenali sebagai ALQST.

Papan tanda telah didirikkan di kawasan perobohan rumah-rumah dan kediaman-kediaman itu dan mengarahkan penduduk keluar dengan membawa barang-barang mereka serta menasihati mereka memuat naik dokumen di laman web kerajaan untuk memohon

pampasan.

Kerajaan Saudi telah berjanji untuk memberi pampasan kepada keluarga dan mengumumkannya pada Februari lalu bahawa ia akan menyiapkan 5,000 unit rumah gantian kepada mereka menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanapun, penduduk yang ditemu bual oleh AFP termasuk mereka yang diarahkan keluar dari kawasan berkenaan berkata, setakat ini mereka masih tidak menerima apa-apa pampasan dan tiada cara yang jelas untuk menilai nilai rumah mereka yang telah dimusnahkan.

"Berbulan-bulan telah berlalu dan saya tidak menerima pampasan untuk rumah saya," kata seorang penduduk di kawasan perobohan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fahd.

Bagaimanapun, tinjauan ALQST juga mendapati beberapa penduduk tidak mendapat maklumat yang jelas mengenainya bagaimana cara untuk menuntut pampasan setelah kediaman mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Menurut pegawai yang mempertahankan projek tersebut, pembangunan itu akan memodenkan bandar raya berkenaan dengan terbinanya kira-kira 17,000 unit baru kediaman.

Datuk Bandar Jeddah, Saleh Al-Turki pernah berkata, dalam satu wawancara televisyen sebelum ini bahawa perobohan itu juga berlaku di tempat-tempat yang merupakan sarang jenayah.

Bercakap di Forum Ekonomi Wilayah Makkah baru-baru ini, Al-Turki berkata bahawa Jeddah sedang merancang untuk mewujudkan projek bernilai AS$1.2 bilion (RM5.23 bilion) untuk meningkatkan kualiti hidup penduduknya.

Pihak berkuasa di Jeddah telah menjadikan keadaan hidup yang lebih baik untuk warga kota sebagai keutamaan melalui inisiatif seperti infrastruktur yang lebih baik, kata Al-Turki. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca