IPOH - Hidup gelandangan sejak hampir tiga tahun lalu mendorong seorang lelaki tempatan mengemis bagi mendapatkan wang belanja makan harian.
Lelaki berusia awal 40-an itu mengakui, sudah tidak mampu bekerja disebabkan masalah kesihatan menyebabkannya tidak malu untuk meminta sedekah daripada orang ramai.
Menurutnya, tidak banyak yang diharapkan daripada hasil mengemis itu sekadar cukup untuk belanja makan untuk keesokan hari.
"Saya minta sedekah bukan nak jadi kaya, dapat RM20 semalam pun saya dah bersyukur, sudah boleh buat belanja makan untuk esok hari.
"Dapat beli roti dan air, cukuplah untuk isi perut,” katanya.
Dia yang masih bujang sanggup berjalan kaki sehingga empat kilometer setiap hari dari tempat gelandangannya di Jalan Dato� Onn Jaafar ke Pusat Perdagangan Greentown di sini untuk mengemis.
Katanya, mengemis di situ lebih mudah kerana tempat itu menjadi tumpuan orang ramai yang mahu ke bank dan kedai makan.
Berbekalkan satu bekas kosong, dia yang menjalankan aktiviti itu bermula jam 8 hingga 11 malam boleh memperoleh kutipan antara RM50 ke RM80 semalam.
"Bulan-bulan puasa ini, orang suka bagi sedekah. Kadang-kadang dapat lebih, kalau ada lebih kita simpanlah,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca