SHAH ALAM - Gara-gara mahu kelihatan cantik pada hari raya, ada sesetengah individu terutama wanita seolah-olah sanggup menggadai nyawa dengan melakukan rawatan kecantikan. Ini termasuklah drip pemutih kulit, suntikan detoks, lesung pipit... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Gara-gara mahu kelihatan cantik pada hari raya, ada sesetengah individu terutama wanita seolah-olah sanggup menggadai nyawa dengan melakukan rawatan kecantikan.

Ini termasuklah drip pemutih kulit, suntikan detoks, lesung pipit buatan dan memasang pendakap gigi yang ketika ini rancak dipromosikan di media sosial.Lebih membimbangkan apabila individu yang menawarkan khidmat tersebut adalah mereka yang tidak bertauliah.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rawatan drip pemutih kulit yang ditawarkan itu bermula dari RM100 hingga RM550 untuk satu sesi.

Bagaimanapun, wartawan Sinar Harian yang menyamar sebagai pelanggan turut menghubungi beberapa individu yang menyediakan rawatan kecantikan itu dan mendapati mereka tidak menolak jika ada pelanggan mahu memendekkan tempoh bagi setiap sesi rawatan agar kulit kelihatan putih dalam waktu lebih singkat.

Menurut seorang pengusaha kecantikan terbabit, pelanggan sanggup melakukan rawatan berkenaan selang tiga hari berbanding prosedur biasa iaitu seminggu atau sebulan sekali.

"Ramai yang minta rawatan macam ini sebulan sebelum menjelang Aidilfitri.

"Jadi untuk raya ini memang ramai yang buat drip selang tiga hari. Malah ada juga buat rawatan tambahan lain selepas sesi drip yang pertama kerana mereka mahu mendapatkan hasil terbaik. Dari segi harga, kami tawarkan RM250 untuk sekali drip,” jelasnya.

Individu yang mendakwa dirinya berpengalaman dalam bidang kecantikan itu turut menyarankan pelanggan supaya berbuat demikian untuk kesan yang lebih drastik.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rawatan drip pemutih kulit yang ditawarkan itu bermula dari RM100 hingga RM550 untuk satu sesi.

"Memandangkan dah nak dekat raya, lebih baik ambil yang tiga hari sekali. Kesannya sama sahaja dengan seminggu sekali. Bezanya adalah cepat atau lambat sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai kelebihan produk yang ditawar itu, ujarnya, ia mampu mencerahkan kulit, menghilangkan parut, meningkatkan keanjalan kulit, mengecilkan pori dan memperbaiki tona kulit dalam masa yang singkat.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha mendakwa pihaknya hanya menawarkan khidmat seminggu sekali atau sebulan dua kali.

"Di sini kita buat drip seminggu sekali atau sebulan dua kali sahaja. Kita tak galakkan pelanggan buat tiga kali sekali.

"Dari segi pakej yang paling laris untuk raya, mereka ambil pakej berharga RM350 dan RM550, iaitu untuk lima kali drip dan 10 kali drip. Kesan seawal satu ke dua drip dah boleh nampak,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kesan sampingan jika memendekkan tempoh selangan rawatan, pengusaha terbabit hanya mendiamkan diri dan mengalihkan perbualan dengan menjelaskan lanjut cara rawatan diberikan.

BELI PRODUK TIADA KELULUSAN KKM

Tinjauan Sinar Harian di kedai barangan kosmetik mendapati masih terdapat pelanggan yang membeli produk dipercayai tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini berdasarkan hasil carian di portal rasmi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM yang memaparkan senarai produk kosmetik yang dilarang jual kerana mengandungi bahan kimia seperti merkuri, hidrokuinon dan tretinoin.

Menurut seorang pelanggan yang mahu dikenali sebagai Izzati, 27, meskipun tahu ada produk yang tidak berdaftar dengan KKM, namun ia bukan halangan jika dapat memberi kesan seperti diinginkan.

"Ada banyak produk yang orang panggil timbang kilo di pasaran sebab murah dan dapat permintaan tinggi dan beri kesan baik. Sebenarnya produk mahal-mahal itu pun asalnya daripada timbang kilo.

"Apa yang penting sebagai pengguna kita tahu cara nak guna.

"Lain orang lain caranya. Ada orang yang kulit mereka tak sesuai pakai produk mahal (yang diluluskan KKM) tetapi elok bila guna yang timbang kilo,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca