SELEPAS dua tahun dilanda Covid-19, terdapat tanda tanya bagaimana China mengira angka kematian akibat virus berkenaan apabila ia mencatatkan jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik tersebut adalah rendah walaupun jumlah kesnya... Klik di sini untuk terus membaca

SELEPAS dua tahun dilanda Covid-19, terdapat tanda tanya bagaimana China mengira angka kematian akibat virus berkenaan apabila ia mencatatkan jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik tersebut adalah rendah walaupun jumlah kesnya meningkat tinggi.

Shanghai merupakan bandar raya terbesar di negara berkenaan apabila mencatatkan seramai 190 kematian sedangkan terdapat lebih 520,000 kes jangkitan dalam tempoh hampir dua bulan dengan sebahagian kecil daripadanya didorong oleh varian Omicron.

Angka-angka itu telah digembar-gemburkan oleh Parti Komunis yang memerintah sebagai bukti pendekatan pandemik sifar Covid-19 yang dilaksanakannya dengan ketat adalah berkesan namun pakar-pakar menyatakan bahawa data sahaja tidak mencukupi untuk menceritakan keseluruhan kisahnya.

Shanghai kini ialah bandar raya yang paling teruk dilanda gelombang Covid-19 dan telah mencatatkan kadar kematian sebanyak 36 kes kematian bagi setiap 100,000 orang yang dijangkiti pandemik tersebut sejak 1 Mac lalu.

China telah bergelut dengan jangkitan domestik Covid-19 sejak sebelum menularnya jangkitan baharu kes tersebut namun angka kematian akibat pandemik itu adalah rendah berbanding dengan negara-negara lain.

Negara komunis itu turut dipuji kerana berjaya menanganinya selain dianggap sebagai satu kisah kejayaan.

China mengamalkan pendekatan ujian bagi mengesan Covid-19 secara besar-besaran. - Foto AFP

"Jika Shanghai mempunyai kadar kematian yang sama dengan New Zealand iaitu 0.07 peratus ketika tersebarnya varian semasa Covid-19 iaitu Omicron di China, maka negara itu (China) akan menyaksikan lebih daripada 300 kematian (akibat Covid-19)," kata seorang pakar kesihatan awam, Profesor Michael Baker di Universiti Otago, New Zealand kepada AFP.

China telah merekodkan kurang daripada 5,000 kematian akibat Covid-19 walaupun ia mencatatkan hampir 200,000 kes yang bergejala dan lebih 470,000 lagi kes tanpa gejala sejak permulaan pandemik tersebut.

Buat masa ini, terdapat negara-negara yang telah menggunakan metodologi berbeza untuk mengenal pasti dan mengira bilangan kematian akibat penularan Covid-19.

Bagaimanapun, membuat perbandingan adalah merupakan satu tugas yang sukar.

India yang mempunyai jumlah penduduk seramai 1.29 bilion secara rasminya telah melaporkan sebanyak 520,000 kematian akibat Covid-19 selepas ia menular dengan dahsyatnya pada tahun lepas walaupun kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan angka kematian global kepada empat juta.

China pula mempunyai jumlah penduduk seramai 1.4 bilion orang pada tahun lalu.

Paul Tambyah iaitu Presiden Persatuan Mikrobiologi dan Jangkitan Klinikal Asia Pasifik berkata bahawa beberapa negara yang mempunyai kadar kematian tinggi disebabkan Covid-19 seperti Britain telah mengkategorikan bahawa sesiapa yang meninggal dunia dalam tempoh 28 hari selepas didapati positif dalam ujian pandemik sebagai mati kerana virus tersebut.

Satu penjelasan kenapa bilangan angka kematian yang rendah di China ialah negara tersebut mungkin menggunakan klasifikasi yang ketat terhadap sesiapa yang meninggal dunia akibat Covid-19, katanya lagi kepada AFP.

Seorang Jurucakap WHO pula berkata, organisasi itu telah mengadakan rundingan secara meluas dengan semua negara mengenai data kematian tanpa mengulas secara khusus mengenai China.

Satu penjelasan mengenai bilangan pesakit Covid-19 yang rendah adalah China mungkin bersikap sangat ketat mengenai kematian berkaitan dengan Covid-19, kata Tambyah kepada AFP.

Suruhanjaya Kesihatan China pula memberitahu AFP bahawa ia menganggap individu-individu yang dijangkiti virus pandemik tersebut tetapi telah meninggal dunia tanpa pulih terlebih dahulu daripada Covid-19 sebagai tergolong dalam kematian akibat Covid-19.

Ia menyebabkan pesakit-pesakit yang terbaring akibat penyakit-penyakit lain tetapi sedang menjalani pemulihan akibat Covid-19 dikecualikan tergolong ke dalam senarai kematian akibat pandemik itu.

Faktor lain yang menyebabkan terdapat banyak kes Covid-19 di China adalah disebabkan oleh pelaksanaan ujian pengesanan besar-besaran pandemik itu.

Ujian yang dilakukan secara beramai-ramai itu menyebabkan ia mudah mengesan kes Covid-19 dalam kalangan orang awam berbanding di India yang menghadapi masalah kekurangan ujian pandemik tersebut.

Melalui cara itu, bilangan kes Covid-19 adalah tinggi di China tetapi bilangan kematian disebabkan virus itu mencatatkan angka yang rendah.

Seorang pakar epidemiologi terkemuka China, Wu Zunyou telah mengaitkan kadar kematian yang rendah di negara itu dengan strategi pengesanan awal melalui ujian besar-besaran.

"Mengekalkan skala pandemik pada tahap minimum akan sepenuhnya mengelakkan kematian yang disebabkan oleh tekanan pada sumber perubatan," katanya seperti dilaporkan AFP.

Beijing juga telah mengambil kira jumlah kematian yang rendah sebagai pengesahan tentang dasar ketat Covid-19 yang dilakukannya. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca