KETUA Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memang terkenal kerana ketegasan dan sifat terus terangnya. Dalam ucapan kepada hakim-hakim yang baru dilantik, beliau antara lain berkata, tidak ada salahnya sesiapapun menegur badan... Klik di sini untuk terus membaca

KETUA Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memang terkenal kerana ketegasan dan sifat terus terangnya.

Dalam ucapan kepada hakim-hakim yang baru dilantik, beliau antara lain berkata, tidak ada salahnya sesiapapun menegur badan kehakiman.

Tapi kata beliau, "Ini tidak bermakna ia terbuka kepada rakyat termasuk ahli politik untuk melancarkan serangan tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu untuk mencapai matlamat mereka.”

Kita semua tahu latar belakang kenyataan itu. Hakim yang bertanggungjawab ke atas satu kes berprofil tinggi telah diserang oleh pihak-pihak tertentu dan kemudian disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Maka banyaklah pandangan pro dan kontra dalam kalangan pengamal undang-undang, orang politik dan orang ramai dalam soal ini.

SPRM pula mengeluarkan kenyataan bahawa badan itu ada kuasa siasat hakim mengikut Akta SRPM 2009.

Mereka termasuk dalam golongan "pegawai badan awam”.

Menurut SPRM berdasarkan akta tersebut, mana-mana individu yang jadi anggota, pegawai, pekerja atau perkhidmatan sesuatu badan awam, termasuk hakim boleh disiasat.

Awang cuma harap isu ini perlu dijernihkan. Semua pihak menjalankan tugas masing-masing, baik para hakim dan SPRM.

Tapi isu ini nampaknya akan berterusan didebatkan sekiranya tidak ada kata muktamad dari kerajaan.

Klik di sini untuk terus membaca