AWANG rasa terharu baca fokus akhbar ini tentang penghuni rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua yang berhari raya tanpa keluarga. Laporan khas akhbar ini sangat menyentuh perasaan. Sebahagian besar daripada mereka punya anak-anak dan... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG rasa terharu baca fokus akhbar ini tentang penghuni rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua yang berhari raya tanpa keluarga. Laporan khas akhbar ini sangat menyentuh perasaan. Sebahagian besar daripada mereka punya anak-anak dan keluarga. Mungkin anak-anak mereka tidak ada upaya menjaga mereka. Oleh sebab itu mereka ditempatkan di situ.

Satu masa dulu kita jarang dengar anak-anak Melayu tinggalkan ibu bapa mereka di tempat seperti itu. Mereka akan jaga ibu bapa walaupun mereka hidup susah. Tapi keadaan sudah berubah, tekanan hidup buatkan anak-anak tak ada pilihan. Ibu bapa yang uzur dan tua mereka tinggalkan untuk dijaga oleh orang lain.

Memang ada yang mampu tinggalkan ibu bapa di rumah jagaan yang mewah yang disebutkan 'retirement homes'. Tapi kebanyakan ibu bapa ditinggalkan di rumah jagaan yang seadanya, ada kalanya yang daif. Awang fikir ibu bapa ini sudah reda dengan keadaan itu. Tapi ada anak-anak yang tidak menjenguk pun ibu bapa di situ.

Macam-macam rintihan yang kita dengar daripada ibu bapa ini. Mereka mahukan anak-anak mereka menunjukkan muka. Ada yang tak muncul bertahun-tahun. Mereka faham anak-anak mereka sibuk. Mungkin pada hari raya anak-anak mereka balik ke rumah ibu bapa mertua.

Dalam laporan itu, seorang ibu berharap anak-anaknya akan datang tahun ini. "Tidak mengapalah, kalau tidak datang pun saya sudah biasa tinggal di sini bersama kawan-kawan.”

Klik di sini untuk terus membaca