MOBILITI seluruh rakyat Malaysia berada dalam zon terhad sejak dua tahun lalu berikutan pengisytiharan fasa pandemik Covid-19 dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat kini digugurkan secara sepenuhnya dengan perkenalan... Klik di sini untuk terus membaca

MOBILITI seluruh rakyat Malaysia berada dalam zon terhad sejak dua tahun lalu berikutan pengisytiharan fasa pandemik Covid-19 dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat kini digugurkan secara sepenuhnya dengan perkenalan protokol kawalan baharu bermula 1 Mei ini.

Negara yang kini di fasa peralihan endemik sudah pastinya telah memberi banyak kelonggaran SOP amat melegakan rakyat jelata.

Kelegaan rakyat digandakan lagi melalui pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Rabu lalu bahawa pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan serta penjarakan fizikal antara individu atau kumpulan tidak diperlukan.

Khairy Jamaluddin turut memutuskan beberapa protokol baharu. Antaranya kes positif Covid-19 perlu menjalani pengasingan selama tujuh hari dari tarikh sampel positif diambil, kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka, salam dibenarkan tetapi sentiasa mencuci atau membersihkan tangan, usah sentuh muka selepas bersalaman dan lain-lain lagi.

Akhbar harian Tamil, Malaysia Nanban menyambut baik keputusan pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan yang terus mengambil langkah-langkah proaktif demi memastikan fasa endemik menjadi realiti dan memberi peluang kepada rakyat menikmati mobiliti secara bebas tanpa sebarang SOP ketat.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) juga memuji pendirian pihak berkuasa dalam mengimplementasikan SOP baharu yang ketat sebelum ini telah mendapat kritikan hebat daripada orang ramai.

Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai menyatakan bahawa Malaysia kini dalam fasa peralihan ke endemik sememangnya perlu melaksanakan beberapa kelonggaran penting dalam SOP sedia ada.

Kelonggaran SOP itu akan memberi nafas baharu kepada rakyat di negara ini bagi mengembalikan kegembiraan serta kepercayaan bahawa Malaysia bakal bebas sepenuhnya daripada ancaman Covid-19.

Pelaksanaan protokol kawalan baharu tersebut menjadi antara penggalak sihat kepada variasi sektor di dalam negara khususnya ekonomi, kesihatan, politik dan sosial bagi mengukuhkan lagi pemulihannya.

Sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dan pelaksanaan pelbagai fasa perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli SOP ketat mencetuskan tekanan dalam kelangsungan hidup rakyat kerana terpaksa memikul beban membayar saman setimpal sekiranya ingkar mematuhinya.

Kelangsungan hidup seluruh rakyat selepas ini akan berada dalam zon terbuka tanpa pematuhan protokol kawalan ketat dan denda-denda berat.

Kar Chai menjelaskan negara-negara serantau di sejagat dunia yang sudah beralih kepada fasa endemik dengan pembukaan sempadan negara masing-masing telah pun melaksanakan kelonggaran SOP serupa itu.

Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan seumpama itu bagi berdiri sama dengan trend peralihan negara-negara lain. Dalam pada itu, MMA berpendapat, kelonggaran SOP pemakaian pelitup muka tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak disebabkan masih ramai anak kecil belum terima suntikan vaksin Covid-19.

Jadi, golongan kanak-kanak dan individu menghidap penyakit kronik disyorkan untuk memakai pelitup muka demi menjaga kesihatan mereka.

Sementara itu, pakar virologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Kumita Theva Das berkata, penggunaan MySejahtera yang dilonggarkan dalam SOP baharu satu langkah yang baik.

Bagaimanapun, penggunaan aplikasi itu perlu dikekalkan dan usah dimansuhkan kerana kerajaan sudah bekerja keras mendidik rakyat tentang penggunaannya.

Hakikatnya, peralihan fasa ke endemik di negara ini cukup lancar dengan sokongan rakyat jelata.

Nikmat itu harus dipelihara supaya semua pihak bebas daripada pandemik dan pemulihan kemakmuran Malaysia terjamin.

*Jagatheswary Narayanan ialah penulis bebas di Johor

Klik di sini untuk terus membaca