KUALA LUMPUR - Seramai 1,572 kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dalam tempoh dari tahun 2020 hingga Mac lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, daripada jumlah... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Seramai 1,572 kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dalam tempoh dari tahun 2020 hingga Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,504 kanak-kanak yang dilaporkan hilang telah dijumpai semula, manakala 68 kes masih belum ditemui.

"Selangor mencatatkan rekod kes kehilangan paling tinggi iaitu 30 kes sejak Januari hingga Mac lalu. Daripada jumlah itu, 21 orang ditemui semula manakala sembilan lagi masih hilang,” katanya.

Abd Jalil berkata, negeri kedua mencatatkan rekod tertinggi ialah di Kedah.

"Sebanyak 29 kes kehilangan dilaporkan di Kedah sejak Januari hingga Mac lalu, namun kesemua individu itu ditemui semula,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata, kes tertinggi direkodkan ialah pada tahun 2020 iaitu seramai 792 kanak-kanak dilaporkan hilang, namun 778 berjaya ditemui dan 14 lagi masih hilang.

"Bagi tahun 2021 pula, kita merekodkan sebanyak 594 kes kehilangan kanak-kanak yang mana 565 mangsa ditemui, manakala 29 lagi masih hilang.

"Sebanyak 186 kes direkodkan pada tiga bulan pertama tahun ini yang mana 161 orang kanak-kanak berkenaan ditemui semula, manakala 25 lagi masih hilang,” jelasnya.

Tambahnya, kes kanak-kanak dilaporkan hilang tidak semuanya ditemui selamat.

"Ada kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca