SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar mengakui rasa kecewa membuatkan dia melepaskan semua jawatan penting dalam parti dan kini lebih selesa dengan menumpukan tugasnya sebagai Ahli Parlimen. Walaupun... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar mengakui rasa kecewa membuatkan dia melepaskan semua jawatan penting dalam parti dan kini lebih selesa dengan menumpukan tugasnya sebagai Ahli Parlimen.

Walaupun menyedari adalah lebih mudah untuk menyumbang jika mempunyai kedudukan dalam parti, namun, puteri reformasi itu menyatakan beliau mungkin agak keras dalam beberapa pandangan dan itu adalah keputusan yang terbaik.

"Saya menghormati syura, jadi bila saya tak boleh meneruskan lagi pandangan tertentu, jadi saya fikir ini mungkin langkah yang terbaik.

"Dalam hidup, sudah tentu kita ada rasa kecewa dan gembira tapi kekecewaan itu tidaklah sampai mencakupi secara keseluruhan. Ia lebih kepada... mari kita fikirkan secara optimistik, pragmatik dan positif, apa yang boleh kita lakukan dengan baik lagi.

"Dia ada pilihan-pilihan tertentu dan ia bukanlah lahir daripada kekecewaan. Sebagaimana Winston Churchill katakan: ‘Now this is not the end. It is not even the beginning of the end. But it is, perhaps, the end of the beginning,” katanya dalam program siaran langsung Bersama Johan Jaaffar di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun tiada kedudukan dalam parti, ia bukanlah bermaksud beliau tidak boleh menyumbangkan sesuatu.

"Kita sentiasa lihat, kuasa itu seolah-oleh mata wang dan kita kena ada kedudukan dan pangkat. Saya rasakan, kita hanya nampak daripada peringkat kekuasaan semata-mata dan tidak mencakupi apa yang mampu kita boleh buat secara bersama.

"Saya selesa dengan cara sekarang dan berkongsi idea yang dilontarkan dengan bakat-bakat yang saya nampak seperti Profesor Dr. Fatimah Kari yang juga pakar ekonomi serta menjadi pakar rujuk dalam kajian kadar kemiskinan. Mungkin itu yang lebih tepat buat saya,” katanya.

Jelas Nurul Izzah, walaupun dia mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam Pemilihan PKR kali ini, ia tidak bermaksud beliau meminggirkan parti.

Malah, beliau melihat mungkin dirinya boleh berperanan sebagai seseorang yang boleh menghubungkan ‘jambatan’ antara parti.

"Dalam peranan yang kita buat ini, mungkin saya melihat diri saya sebagai seorang yang boleh menghubungkan ‘jambatan’. Ada satu ketika, saya memang mahu mengutamakan Malaysia dan saya telah menggunapakai segala pilihan kearah memastikan kita menang pilihan raya menerusi ruang lingkup yang kecil di pihak saya.

"Saya masih bersama parti, hanya mengambil kira beberapa situasi, termasuklah kekecewaan semua. Ini mungkin pilihan yang terbaik buat masa ini,” ujarnya.

-end-

Klik di sini untuk terus membaca