GEORGETOWN - Kelam kabut, itu yang berlaku pada malam Ahad pada setiap umat Islam di Malaysia apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei.... Klik di sini untuk terus membaca

GEORGETOWN - Kelam kabut, itu yang berlaku pada malam Ahad pada setiap umat Islam di Malaysia apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei.

Pekerja swasta, Nur Afarina Othman, 34 berkata, rumah keluarganya seperti dilanggar todak selepas mendengar pengumuman raya pada malam Ahad lalu.

Katanya, bapa dan ibu saudara yang tinggal berdekatan juga kelihatan kelam kabut mencari bahan untuk dimasak kerana menyangka hari raya akan disambut pada hari Selasa.

"Rumah keluarga saya di kampung, maka rumah saudara sebelah ibu ramai yang tinggal berdekatan. Pakcik saya kelam kabut keluar rumah mencari daun kunyit dan serai. Mujur kami tinggal di kampung, ada juga tanaman yang boleh diambil.

"Sepupu saya pula, sudah buat tempahan santan dan ayam tetapi berjanji akan mengambilnya pada hari Isnin. Disebabkan kita raya awal, maka dia (sepupu) terpaksa ketuk pintu kedai jual santan untuk mengambil tempahan.

"Nasib baik penjual pun faham, dia buka kedai sehingga jam 4 pagi demi untuk pelanggannya. Walaupun huru-hara, kami berjaya menyiapkan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu pada pagi raya,” katanya.

Katanya, lebih melucukan, adik saudaranya terus ke bazar Aidilfitri bagi mencari tudung untuk dipakai pada pagi raya.

"Sementara kami di rumah, masih masak rendang sehingga jam 4 pagi. Ibu saya juga kelam kabut merebus ketupat, masak kuah lodeh, kuah kacang dan banyak lagi,” katanya.

Sementara itu, pegawai bank, Nurfeezal Mohamad, 40an berkata, sejurus pengumuman dibuat, dia terus ke dapur dan membahagikan tugas kepada anak-anak dan suaminya.

Nurfeezal (dua dari kanan) bergambar pada hari raya pertama bersama keluarganya.

Ujarnya, pengumuman itu membuatkan mereka terpinga-pinga kerana sedang bersiap untuk menunaikan solat tarawih.

Klik di sini untuk terus membaca