SHAH ALAM - Peningkatan kes Covid-19 dijangkakan tidak akan mencecah lima angka dan rata-rata rakyat Malaysia sudah bersedia untuk memasuki fasa endemik, kata Pegawai Perubatan Hospital Columbia Asia, Cheras, Dr Malar Santhi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Peningkatan kes Covid-19 dijangkakan tidak akan mencecah lima angka dan rata-rata rakyat Malaysia sudah bersedia untuk memasuki fasa endemik, kata Pegawai Perubatan Hospital Columbia Asia, Cheras, Dr Malar Santhi Santherasegapan.

Menurutnya, setelah dua tahun negara dilanda Covid-19, kini rakyat Malaysia sudah bijak mengambil langkah berjaga-jaga dan memahami Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Di dalam fasa peralihan pandemik ketika ini kita perlu bersedia untuk memasuki ke fasa endemik serta berjinak-jinak belajar untuk meneruskan kehidupan di dalam keadaan virus Covid-19 masih lagi ada di sekeliling kita.

"Saya yakin rakyat Malaysia rata-ratanya sudah bijak dalam mengikuti SOP dan sentiasa membuat ujian kendiri Covid-19 sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman.

"Pelonggaran SOP yang diumumkan oleh kerajaan juga telah memberi kelegaan buat semua rakyat Malaysia yang dapat pulang ke kampung halaman berjumpa keluarga tercinta.

"Kelonggaran yang dibuat oleh kerajaan adalah sangat-sangat sesuai dari segi masa dan pemahaman rakyat Malaysia,” katanya selaku panelis pada Wacana Sinar Edisi Raya 'bertajuk Raya Sihat Macam Mana? yang disiarkan di Facebook Sinar Harian pada Jumaat.

Dr Malar berkata, walaupun kelonggaran pemakaian pelitup muka sudah dibuat namun masih ramai yang memakainya dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Jelasnya, itu adalah tanda dimana masih ramai rakyat yang sentiasa mematuhi SOP dan menjaga keselamatan diri.

"Kalau kita lihat sejarah tahun yang lepas, setiap kali tiba musim perayaan secara majoriti memang akan berlaku peningkatan kes sama juga seperti di negara-negara luar antaranya di United Kingdom di mana selepas perayaan krismas kes naik mendadak.

"Jadi memang akan dijangka kes sedikit sebanyak akan meningkat kerana adanya pergerakan ke kampung dan sebagainya.

"Namun saya yakin kes yang akan meningkat tidak akan mencecah lima angka kerana keadaan ketika ini lebih terkawal,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca