DALAM wawancara dengan Tan Sri Johan Jaaffar Rabu minggu lepas, Nurul Izzah ditanyakan tentang apa yang akan berlaku pada peringkat pemilihan Timbalan Presiden PKR. Nurul Izzah beri jaminan drama perpecahan akibat pertembungan Tuk Seri... Klik di sini untuk terus membaca

DALAM wawancara dengan Tan Sri Johan Jaaffar Rabu minggu lepas, Nurul Izzah ditanyakan tentang apa yang akan berlaku pada peringkat pemilihan Timbalan Presiden PKR.

Nurul Izzah beri jaminan drama perpecahan akibat pertembungan Tuk Seri Azmin Ali dan Rafizi Ramli tidak akan berulang. Kata beliau (tanpa menyebut nama), Azmin bukan Tuk Seri Saifuddin Nasution.

Beberapa orang pemimpin PKR juga sependapat bahawa selagi pertandingan itu sihat dan mengikut peraturan kisah lama tidak akan berulang.

Kita semua tahu bahawa pertandingan kali ini "panas”. Kedua-duanya punya pengaruh yang besar. Saifuddin adalah ahli yang setia yang bermula sejak PKR ditubuhkan.

Dia pernah dipanggang dan disiang demi kesetiaannya pada Tuk Seri Anwar. Rafizi pula bukan calang-calang orang, dianggap perancang strategi parti yang hebat.

Semasa pertandingan Azmin-Rafizi dulu pun kita diyakinkan semuanya akan berjalan dengan sihat dan ikut peraturan. Tapi apabila pucuk pimpinan sendiri menampakkan sikap berat sebelah, keadaan jadi tegang.

Azmin akhirnya keluar dari PKR dengan kumpulan yang besar.

Awang rasa pelik juga pemilihan PKR berjalan pada saat negara sedang menghadapi kemungkinan pilihan raya umum mi segera. Lagipun kedudukan PKR pada keadaan paling lemah masa ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil di Melaka, Sarawak dan Johor. Patutnya langkah pertama adalah untuk perkuat parti dan rapatkan saf.

Sama-samalah kita tengok apa yang berlaku menjelang pemilihan PKR dalam masa yang terdekat.

Klik di sini untuk terus membaca