BARU-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan lagi pakej bantuan ketenteraan terbaru untuk membantu Ukraine menghadapi serangan daripada tentera Rusia. Pakej bantuan itu bernilai AS$150 juta (RM694.83 juta) akan turut... Klik di sini untuk terus membaca

BARU-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan lagi pakej bantuan ketenteraan terbaru untuk membantu Ukraine menghadapi serangan daripada tentera Rusia.

Pakej bantuan itu bernilai AS$150 juta (RM694.83 juta) akan turut melibatkan pemberian meriam dan radar anti-meriam.

Penghantaran peralatan ketenteraan tersebut kini berjumlah AS$3.8 bilion (RM16.61bilion).

Presiden itu juga mendesak Kongres AS supaya meluluskan pakej bantuan melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak AS$33 bilion (RM144.21 bilion) termasuk AS$20 bilion (RM87.40 bilion) bagi tujuan memperkukuhkan pertahanan Ukraine untuk menghadapi serangan tentera Rusia.

Biden juga pernah menjanjikan sebanyak AS$800 juta (RM3.4 bilion) untuk menghantar lebih banyak senjata kepada Ukraine seperti penghantaran artileri berat, puluhan meriam Howitzer dan 144,000 peluru dan dron taktikal.

Pengumuman tersebut dibuat selepas Presiden AS berkenaan menyatakan bahawa bantuan keselamatan juga yang bernilai AS$800 juta akan dihantar kepada negara yang berjiran dengan Rusia itu.

Pada April lalu, Dewan Perwakilan AS meluluskan Akta Pajakan Pertahanan Demokrasi Ukraine 2022 dengan 417 anggota dewan itu bertindak menyokong manakala 10 lagi menentang selepas Dewan Senat AS meluluskannya secara sebulat suara.

Akta seperti itu pernah digunakan oleh AS semasa Perang Dunia Kedua bagi membantu mengalahkan bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler.

Bagaimanapun, adakah Ukraine boleh menggunakan semua bantuan ketenteraan itu secara berkesan?

Kelulusan bantuan ketenteraan itu diberikan adalah mengikut permintaan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang memerlukan bantuan senjata bagi menghadapi serangan tentera Rusia.

Namun, adakah semua peralatan ketenteraan itu mampu diselenggarakan oleh tentera Ukraine?

Ukraine telah menerima bantuan senjata ringan seperti peluru berpandu anti-kereta kebal dan sistem pertahanan mudah alih sebelum ini.

AS juga telah menghantar sebanyak 5,500 senjata anti-pesawat Javelin yang terkenal pada tahun 1990an kepada Ukraine.

Namun, dalam pakej bantuan ketenteraan baharu itu, senjata-senjata berat seperti meriam Howitzer dan kenderaan tempur berperisai dihantar kepada Ukraine.

Semua peralatan itu diperlukan Ukraine bagi menggantikan senjata-senjata yang musnah dan rosak dalam peperangan.

Seorang bekas pegawai tentera AS, Omar Bradley yang terkenal semasa Perang Dunia Kedua menyatakan kepada RT News bahawa isu penyelenggaraan dan kesinambungan penggunaan peralatan perang tersebut yang menjadi persoalan sama ada Ukraine boleh melakukannya.

Jika rosak, ia tidak boleh digunakan dalam peperangan.

Ini kerana peralatan ketenteraan kerap pecah terutamanya ketika berlakunya pertempuran moden yang tidak berkesudahan.

Sebagai contoh, meriam Howitzer M777 yang disediakan oleh AS ke Ukraine melibatkan kira-kira 90 buah.

Tentera Rusia belum berundur dari Ukraine selepas menyerangnya lebih dua bulan lalu. - AFP

Pengalaman Tentera AS yang menggunakan meriam tersebut yang ringan dalam latihan di Pusat Latihan Nasional di Fort Irwin, California menunjukkan bahawa keberkesanan unit artileri mula merosot sekitar hari keempat operasi terutamanya disebabkan oleh isu penyelenggaraan.

PERALATAN TENTERA

Jika tidak diselesaikan unit yang dilengkapi meriam Howitzer M777 tidak dapat bertempur sepenuhnya dalam masa seminggu.

Walaupun senjata itu digunakan, kerumitan sistem akan memastikan operasi yang tidak cekap yang akan mengakibatkan Howitzer M777 rosak tanpa cara untuk membaikinya.

Peralatan-peralatan ketenteraan berat yang dihantar kepada Ukraine oleh AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ada juga yang telah berusia terlalu lama seperti kenderaan berperisai M113.

Kenderaan berperisai itu pernah digunakan pada era Perang Vietnam dan dilengkapi dengan enjin diesel enam silinder dua lejang Detroit 6V53 dengan transmisi automatik tiga kelajuan.

Ini bermakna ia juga menyebabkan timbulnya isu penyelenggaraan atau cara untuk membaikinya jika enjinnya rosak.

Situasi sama juga perlu dihadapi Ukraine apabila Jerman mengumumkan pada April lalu bahawa ia akan menghantar kereta kebal anti-pesawat, Gepard yang pernah digunakan pada tahun 1960an.

Ia juga menimbulkan isu kerana kereta kebal tersebut sukar untuk diselenggarakan.

Menurut Scott Ritter iaitu bekas pegawai perisikan Kor Marin AS dan pernah berkhidmat di Kesatuan Soviet yang kini Rusia, Washington dan NATO menyediakan Ukraine dengan peralatan ketenteraan lama dan akan rosak dengan cepat.

Penghantaran peralatan-peralatan ketenteraan itu masih gagal untuk mengusir tentera Rusia yang menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu.

Pada 21 April lalu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan kejayaan tentera Moscow membebaskan bandar pelabuhan Mariupol daripada cengkaman tentera Ukraine walaupun terdapat sebilangan askar negara berkenaan bertempur dengan askar-askar Rusia di sebuah kilang.

Walaupun AS tidak berjuang di medan peperangan di Ukraine, Washington dikatakan masih tidak menghantar senjata terbaharu dan moden kepada negara itu bagi berdepan serangan bertalu-talu daripada tentera Rusia. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca