[LAPORAN KHAS] ISU projek perumahan terbengkalai bukan perkara baharu yang dibangkitkan di negara ini, namun ia berlanjutan sehingga kini meskipun pelbagai desakan dibuat khususnya oleh pembeli yang terjejas. Namun, isu tersebut kembali... Klik di sini untuk terus membaca

[LAPORAN KHAS] ISU projek perumahan terbengkalai bukan perkara baharu yang dibangkitkan di negara ini, namun ia berlanjutan sehingga kini meskipun pelbagai desakan dibuat khususnya oleh pembeli yang terjejas.

Namun, isu tersebut kembali mendapat perhatian ramai susulan tindakan hampir 200 pembeli rumah di Sentoria Borneo Semariang Garden di Kuching, Sarawak, menganjurkan ‘majlis rumah terbuka’ Aidilfitri di kediaman terbengkalai mereka itu sebagai ‘protes’ terhadap pemaju terlibat.

Susulan itu terdapat saranan agar kerajaan menukar polisi pinjaman perumahan bank dengan hanya mengeluarkan pinjaman membabitkan projek sudah siap sekurang-kurangnya 50 peratus.

Tahun lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilaporkan merancang untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).

Menterinya ketika itu, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, terdapat kelonggaran dalam undang-undang sedia ada yang menyukarkan tindakan lebih tegas diambil terhadap pemaju.

Justeru, menjadi harapan besar buat pembeli serta bakal pembeli rumah supaya ada undang-undang yang tegas diambil sekiranya pemaju gagal menyiapkan projek seperti yang dijanjikan.

RUMAH SIAP BARU JUAL

KERAJAAN perlu mengubah dasar penjualan rumah bagi memastikan pemaju menyiapkan projek mereka terlebih dahulu sebelum dijual mengelakkan pembeli menjadi mangsa.

Setiausaha Agung Pergerakan Pengguna Malaysia, Sukhdave Singh berkata, sekiranya pemaju tidak mampu menyiapkan sepenuhnya, kediaman perlu siap sekurang-kurangnya 90 peratus sebagai satu bentuk jaminan agar pemaju tidak sewenang-wenangnya melarikan diri.

Tegas Sukhdave, peratusan siap pembinaan lebih rendah tetap memberi risiko kepada pembeli.

"Penyelesaian jangka masa panjang dalam mengatasi masalah itu adalah menggubal dasar bina dan jual, bukan sebaliknya seperti diamalkan sekarang.

"Amalan dasar itu akan melindungi pembeli daripada tertipu di mana mereka dapat melihat rumah yang siap dibina sebelum membuat keputusan membeli,” katanya kepada Sinar Ahad.

Sukhdave berkata, isu berkenaan amat menyedihkan dan kes pemaju melarikan diri telah lama wujud menyebabkan pembeli terpaksa mengharungi masalah kewangan.

"Sepatutnya pihak bank perlu memainkan peranan membantu pembeli kerana mereka telah meluluskan kerjasama dengan pemaju yang tidak mempunyai rekod baik menyebabkan pembeli mengalami kerugian.

"Adakah pihak bank yang tidak menjalankan proses due diligence? Berapa banyak wang diserahkan oleh bank kepada pemaju? Sepatutnya ia mengikut tahap siap rumah itu,” katanya.

Isu projek perumahan terbengkalai bukan perkara baharu yang dibangkitkan di negara ini, namun ia berlanjutan sehingga kini meskipun pelbagai desakan dibuat khususnya oleh pembeli yang terjejas.

Namun, isu tersebut kembali mendapat perhatian ramai susulan tindakan hampir 200 pembeli rumah di Sentoria Borneo Semariang Garden di Kuching, Sarawak, menganjurkan ‘majlis rumah terbuka’ Aidilfitri di kediaman terbengkalai mereka itu sebagai ‘protes’ terhadap pemaju terlibat.

Susulan itu terdapat saranan agar kerajaan menukar polisi pinjaman perumahan bank dengan hanya mengeluarkan pinjaman membabitkan projek sudah siap sekurang-kurangnya 50 peratus

Tahun lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilaporkan merancang untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).

Menterinya ketika itu, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, terdapat kelonggaran dalam undang-undang sedia ada yang menyukarkan tindakan lebih tegas diambil terhadap pemaju.

Justeru, menjadi harapan besar buat pembeli serta bakal pembeli rumah supaya ada undang-undang yang tegas diambil sekiranya pemaju gagal menyiapkan projek seperti yang dijanjikan.

JADI PROJEK GAJAH PUTIH LEPAS ENAM TAHUN

Sementara itu di Kuala Terengganu, impian 120 pembeli projek perumahan Fasa 3, Taman Sri Purnama, Marang di sini untuk mendiami rumah sendiri lebur apabila kediaman mereka tidak siap seperti dijanjikan.

Rumah teres kos rendah itu yang dibeli pada tahun 2016 dengan harga antara RM73,000 hingga RM145,000 seunit ditinggalkan begitu saja oleh pemaju sekali gus menyebabkan pembeli dirundung rasa sedih dan kecewa.

Wakil pembeli, Abdul Halim Mohamed, 33, berkata, kegagalan pemaju menyiapkan rumah tersebut memberi tekanan dan membebankan pembeli kerana rata-rata mereka terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk menyewa rumah lain.

"Setiap bulan, pembeli membayar pinjaman perumahan ini antara RM480 hingga RM1,000 tapi kami akhirnya terpaksa mengeluarkan belanja lagi menyewa rumah kerana kediaman yang dibeli tidak siap.

"Sebelum ini, kami dijanjikan boleh mendiami rumah baharu dalam tempoh dua tahun tapi malangnya, ia tidak menjadi kenyataan apabila pemaju hentikan kerja-kerja pembinaan atas alasan masalah kewangan,” katanya kepada Sinar Ahad di sini pada Sabtu.

Menurut Abdul Halim, enggan berpeluk tubuh, beliau bersama rakan pembeli lain mengambil keputusan menyampaikan masalah itu kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, melalui pertemuan bersama Exco Kerajaan Negeri pada Oktober lalu, pihak syarikat pemaju diarah supaya menyiapkan projek perumahan tersebut, namun tetap mengingkari arahan berkenaan.

"Saya sedih kerana selepas sekian lama ditinggalkan, kebanyakan rumah terbengkalai ini didapati telah rosak.

"Selain itu, wujud hakisan hingga membentuk aliran air di tengah-tengah tapak projek pembinaan perumahan.

"Oleh itu, saya berharap dan merayu agar mana-mana pihak khususnya kerajaan campur tangan menyelesaikan isu ini dengan memastikan projek perumahan ini siap sekali gus membela hak kami sebagai pembeli yang teraniaya.

"Kasihanilah kami yang masih mengharap untuk memiliki kediaman sendiri apatah lagi ada dalam kalangan pembeli sudah hampir pencen tapi impian tinggal di rumah sendiri belum tercapai akibat sikap pemaju tidak bertanggungjawab,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca