SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) tidak dapat diteruskan ekoran sikap pemimpin UMNO dan Pas yang bertindak menyerang antara satu sama lain kerana tidak bersependapat dalam beberapa perkara. Mengulas lanjut bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) tidak dapat diteruskan ekoran sikap pemimpin UMNO dan Pas yang bertindak menyerang antara satu sama lain kerana tidak bersependapat dalam beberapa perkara.

Mengulas lanjut bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perbezaan pendapat di kalangan ahli pemimpin politik Islam juga tidak sepatutnya menjadi sebab untuk masing-masing tidak boleh bersama kerana terdapat isu yang dilihat mempunyai kepentingan bersama.

"MN sememangnya platform terbaik untuk menyatukan politik orang Islam kerana dalam UMNO ada lebih kurang 3.2 juta ahli Melayu-Islam, manakala Pas pula ada 800,000 ahli. Semuanya 4 juta. Itulah yang kita usahakan selama ini.

"Tetapi memandangkan apa yang berlaku mutakhir ini melibatkan pengurusan MN, yang tentu sahaja menimbulkan kelukaan kepada kedua-dua belah pihak (UMNO-Pas) disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan juga serang-menyerang antara pimpinan politik, maka MN kita lihat tidak berjaya untuk disatukan ataupun diteruskan.

"Apa-apa pun, perbezaan pendapat di kalangan ahli politik tidak sepatutnya menjadi sebab untuk mereka tidak boleh bersama tentang isu-isu yang dilihat ada kepentingan bersama,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa kerjasama UMNO dan Pas melalui MN perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga berkata, ini kerana parti tersebut telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada Pas untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN, namun tidak disepakati.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu yakin bahawa menerusi Keluarga Malaysia yang ada sekarang ini dan seterusnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, umat Islam masih ada ruang dan peluang untuk bersatu-padu.

"Ini kerana idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh tuan guru Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sebelum ini boleh juga menjadi satu lagi platform baharu pasca PRU15 bagi tujuan mengembangkan lagi idea tersebut selepas PRU akan datang,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca