SHAH ALAM - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersetuju dengan pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu parti itu untuk melupakan kerjasama dengan Pas dalam gabungan Muafakat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersetuju dengan pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu parti itu untuk melupakan kerjasama dengan Pas dalam gabungan Muafakat Nasional (MN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu turut menyifatkan usaha untuk memulihkan kerjasama menerusi gabungan berkenaan adalah satu tindakan mengarut.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata, pendirian tersebut wajar diambil dengan mengambil kira beberapa tindakan yang didakwanya dilakukan oleh Pas terhadap UMNO termasuk di Terengganu.

"Kita dah tawar (kerjasama) dulu, tapi dia (Pas)tidak mahu dan hendak banyak (kerusi). Tapi bila Perikatan Nasional (PN) tawar banyak, dia pergi dekat PN. Nak bercakap semula mengenai MN? Mengarut belaka. "UMNO tidak akan bekerjasama dengan Pas terutama Terengganu yang dah awal nyatakan sebab dia tipu kita, buat apa. Kalau bantuan Covid-19 yang kerajaan pusat beri pun tidak boleh bagi dengan adil, apatah lagi benda lain,” katanya pada Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk pada Sabtu menyatakan UMNO perlu melupakan kerjasama bersama Pas menerus MN untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Beliau yang juga Pengerusi BN itu berkata, parti tersebut telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada Pas untuk mempersetujui perkara terkandung dalam piagam MN, namun tidak disepakati.

Klik di sini untuk terus membaca