SHAH ALAM - Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong sebagai Pengerusi Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB) mencetuskan pelbagai polimik dan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet. Manakan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong sebagai Pengerusi Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB) mencetuskan pelbagai polimik dan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet.

Manakan tidak, berdasarkan maklumat yang tertera dalam laman sesawang syarikat tujuan khas (SPV) milik kerajaan yang ditubuhkan dengan matlamat untuk melaksanakan Program Pembangunan Ladang Hutan dari 2006 hingga 2020.

Program selama 15 tahun itu disokong oleh peruntukan kewangan berjumlah RM1.045 bilion daripada Kementerian Kewangan sebagai insentif menggalakkan penyertaan swasta melalui mekanisme pinjaman fleksibel.

Paul Yong dalam ucapan alu-aluan yang dikongsi dalam laman sesawang FPDSB mengesahkan, beliau adalah pengerusi ketujuh dan akan melakukan yang terbaik bagi merealisasikan visi dan misi organisasi itu supaya ia menjadi rujukan yang berguna untuk mendapatkan maklumat terkini dan menyeluruh bagi industri balak di Malaysia.

Paul Yong (dua dari kanan) dan isterinya ketika hadir sebagai saksi pembelaan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Rabu.

Bagaimanapun, dalam kenyataan itu tidak menyebut mengenai tarikh sebenar pelantikan Paul Yong sebagai Pengerusi FPDSB mula berkuat kuasa.

Pelantikan Paul Yong mencetuskan kontroversi kerana pada 7 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan beliau membela diri atas tuduhan merogol pembantu rumahnya, pada tahun 2019.

Berikutan itu, Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Paul Yong.

Untuk rekod Paul Yong yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh atas tiket DAP sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah meninggalkan parti itu pada 2020.

Beliau kemudian keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas, sebelum menyertai Bersatu pada 2021 dan seterusya menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang pernah dikaitkan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Klik di sini untuk terus membaca