SHAH ALAM - Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas menafikan terdapat dakwaan berlakunya pilih kasih dalam penerimaan pelarian di negara di bawah pertubuhan tersebut. Ia susulan daripada laporan media yang mendakwa... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas menafikan terdapat dakwaan berlakunya pilih kasih dalam penerimaan pelarian di negara di bawah pertubuhan tersebut.

Ia susulan daripada laporan media yang mendakwa berlakunya pemindahan pelarian warga Afghanistan di Jerman bagi memberi ruang pengambilan pelarian daripada Ukraine.

Menurut Michalis, tiada bukti yang menunjukkan berlakunya isu tersebut dan menganggapnya sebagai suatu penyebaran maklumat dan propaganda untuk memburukkan EU.

"Tuduhan itu sama sekali salah dan dan buktinya kami mempunyai ratusan ribu rakyat Afghanistan dan Syria di Jerman dan mereka juga mendapat sokongan penuh daripada kerajaan tuan rumah,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri program dialog bertajuk 'Global Challenges in a Multipolar World' yang diadakan di Kompleks Karangkraf di sini, pada Isnin.

Michalis menambah, EU juga telah menyokong usaha penyelamatan ribuan pelarian Afghanistan yang berada dalam bahaya selepas pertukaran kerajaan baharu di negara tersebut pada tahun lalu.

"Pada masa ini terdapat penghijrahan skala besar yang sedang kami bantu. Sebagai contoh, kami menyokong Turki dengan mencipta struktur bernilai 36 bilion Euro supaya mereka (pelarian) boleh mewujudkan kemudahan termasuk hospital, sekolah dan juga universiti di sempadan Syria-Turki," jelas beliau.

Program Wacana Khas Edisi Bahasa Inggeris yang dianjurkan EU dengan kerjasama Sinar Daily dan Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya (UM) itu diadakan bersempena dengan Hari Eropah yang jatuh pada tanggal 9 Mei.

Klik di sini untuk terus membaca