SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pakar ekonomi memberi amaran bahawa beberapa negara mungkin menghadapi hiperinflasi atau inflasi di luar kawalan yang mana harga barangan dan perkhidmatan meningkat pada kadar tahunan 1,000 peratus atau lebih.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pakar ekonomi memberi amaran bahawa beberapa negara mungkin menghadapi hiperinflasi atau inflasi di luar kawalan yang mana harga barangan dan perkhidmatan meningkat pada kadar tahunan 1,000 peratus atau lebih.

Profesor Ekonomi daripada Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Datuk Profesor Dr Rajah Rasiah berkata, lebih banyak perbincangan dan rundingan perlu diadakan kerana hiperinflasi atau inflasi di luar kawalan boleh membawa kepada kemelesetan ekonomi, melainkan pemimpin dunia dapat menangani isu tersebut.

"Apa yang kita hadapi sekarang, di beberapa negara, inflasi ini sudah berlaku.

"Kemerosotan ini akan membawa kepada peningkatan pengangguran dan hiperinflasi,” katanya pada program Wacana English bertajuk ‘Global Challenges in a Multipolar World’ yang bersiaran secara langsung di Kompleks Karangkraf pada Isnin.

Turut hadir selaku panelis, mantan Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Syed Hamid Albar; Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas dan Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer, manakala Dr Rahul Mishra sebagai moderator.

15 kedutaan lain yang turut hadir antaranya Duta dari Czech Republik, Milan Hupcej; Duta dari Hungary, Dr Petra Ponevacs; Duta dari Poland, Krzysztof Debnicki; Duta dari Australia, Andreas Launer; Duta dari Finland, Sami Leino dan Duta dari Romania, Nineta Barbulescu.

Selain itu, Duta dari Ireland, Hilary Reilly; Timbalan Ketua Misi dari Itali, Pietro Tombaccini; Timbalan Ketua Misi dari Sweden, Ola Pihlblad dan Timbalan Ketua Misi dari Sepanvol, Santiago Lozano.

la merupakan pertama kali dalam sejarah apabila Portal bahasa Inggeris Kumpulan Sinar Karangkraf, Sinar Daily (www.sinardaily.my) menganjurkan satu program Wacana Edisi Inggeris yang melibatkan wakil- wakil dari negara EU untuk membicarakan isu global termasuklah kerjasama ASEAN-EU.

Kesatuan Eropah (EU) telah diwujudkan oleh Perjanjian Maastricht pada 1 November 1993. la adalah kesatuan politik dan ekonomi antara negara-negara Eropah yang membuat dasarnya sendiri mengenai ekonomi, masyarakat, undang-

undang dan tahap keselamatan ahli.

Ketika ini, EU dianggotai oleh 27 buah negara, 21 daripadaya republik dan enam lagi negara beraja.

Antaranya ialah Australia, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Spanyol dan Sweden.

Mengulas lanjut, Rajah berkata, walaupun terdapat beberapa rundingan berterusan dalam kalangan pemimpin, tetapi memerlukan lebih banyak lagi rundingan untuk memerangi inflasi.

"Di kebanyakan negara, ini akan berlaku, melainkan kita menangani perkara ini.

"Secara moralnya, saya tidak fikir ini benar kerana penderitaan akan melibatkan semua orang di seluruh dunia," katanya.

Dilaporkan bahawa inflasi tahunan di Eropah telah melonjak kepada 7.5 peratus, meningkat daripada 5.9 peratus pada Februari, iaitu lebih tinggi daripada ramalan kebanyakan penganalisis.

Kebanyakan syarikat di seluruh dunia kini bergelut dengan kenaikan kos termasuk terpaksa menanggung bil yang tinggi yang boleh mengganggu operasi syarikat, termasuk berdepan dengan masalah pengeluaran dan penutupan kilang, manakala kuasa membeli isi rumah pula semakin menurun.

Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia turut memaklumkan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Mac 2022 meningkat 2.2 peratus iaitu 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021, mengatasi inflasi purata bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2022 yang berada pada 1.9 peratus.

Harga baja juga meningkat daripada RM100 kepada RM200 bagi setiap tan sayur-sayuran yang dihasilkan, menyebabkan petani tempatan meminta subsidi daripada kerajaan bagi mengelakkan kenaikan harga sayur-sayuran.

Klik di sini untuk terus membaca