SHAH ALAM - Selangor, Pulau Pinang dan Perak merupakan tiga negeri yang disenaraikan memerlukan kerjasama antara UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Penganalisis politik dari Universiti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Selangor, Pulau Pinang dan Perak merupakan tiga negeri yang disenaraikan memerlukan kerjasama antara UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis menjelaskan, Pakatan Harapan (PH) mempunyai pengaruh yang kuat di Selangor dan Pulau Pinang manakala di Perak pula sentiasa berubah-ubah.

Mujibu Abd Muis

"Naratif yang diperlukan itu bagaimana mahu mengakali (pengaruh) PH. Tetapi dalam keadaan sekarang ini, saya rasa PH juga tidak sekuat seperti tahun 2018 di mana pembangkang tidak boleh bersatu dengan baik."Mungkin dalam perspektif Perak, MN tidak perlu. Kalau perlu pun, mungkin mereka boleh bincang selepas habis pilihan raya. Mungkin untuk membolehkan kerajaan dibentuk,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan bahawa kerjasama parti itu dan Pas melalui MN perlu dilupakan pada PRU15.

Katanya, UMNO telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada Pas untuk mempersetujui perkara terkandung dalam piagam MN namun tidak disepakati.

Dalam pada itu, berbeza dengan Mujibu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali pula berpendapat hanya Selangor sahaja merupakan negeri yang memerlukan kerjasama membabitkan UMNO dan Pas.

Dr Mazlan Ali

Menurutnya, kerjasama itu diperlukan disebabkan faktor demografi Selangor yang 90 bandar.

"Di kawasan bandar dan tertumpu di Lembah Klang memang susah (untuk menang). Tanpa kerjasama UMNO dan Pas, sudah pasti PH boleh menang lagi di Selangor. Disebabkan itu, UMNO dan Pas perlu bekerjasama bagi mengelakkan perpecahan undi. Kalau Pas dan UMNO bertembung, ia akan pecahkan undi Melayu,” jelasnya.

Selain itu, Mazlan menjelaskan di Selangor memerlukan kerjasama membabitkan kedua-dua parti disebabkan pengundi atas pagar yang ramai.

"Saya lihat di Selangor banyak pengundi atas pagar dan pengundi atas pagar lazimnya dia tidak akan sokong UMNO semata-mata,” ujarnya.

Tegas beliau, sekiranya UMNO dan Pas berpecah dan berlawan sesama sendiri, ini akan mengurangkan peluang kedua-dua parti untuk memperoleh banyak kerusi di Selangor.

Klik di sini untuk terus membaca