SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk menjadi platform demokrasi dalam konflik berterusan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine. Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, sekuriti seluruh... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk menjadi platform demokrasi dalam konflik berterusan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine.

Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, sekuriti seluruh dunia percaya penyelesaian hanya dapat dicapai apabila peperangan itu dihentikan dan Rusia mengundurkan tenteranya dari Ukraine.

"Akhirnya, Rusia, Ukraine, Eropah dan sekuriti dunia berdiri teguh bahawa masalah ini boleh diselesaikan apabila perang, pencerobohan dihentikan dan Rusia menarik semula tenteranya dari Ukraine.

"Dan kami sekali lagi duduk bersama bagi berunding berkaitan jaminan keselamatan yang telah dijelaskan di semua peringkat. Namun begitu, sudah tentu kita tidak boleh berhenti apabila perang ini berterusan," katanya.

Syed Hamid Albar berkata, adalah penting bagi peperangan itu diselesaikan melalui cara diplomatik dan perlu dilakukan secepat mungkin sebelum menjadi lebih teruk.

Rusia telah melancarkan pencerobohan ketenteraan berskala penuh ke Ukraine pada Februari yang menyaksikan ribuan orang awam terkorban dan lebih tujuh juta orang kehilangan tempat tinggal.

Konflik itu telah memaksa lima juta lagi rakyat Ukraine melarikan diri ke negara jiran dengan majoritinya di Poland di mana Amerika Syarikat dan sekutu lain membantu menampung kemasukan pelarian.

Sebelum ini, 141 negeri termasuk Malaysia dan tujuh negara anggota ASEAN lain mengutuk perang pencerobohan Rusia dan memberi tekanan supaya perang itu berhenti.

Klik di sini untuk terus membaca