SHAH ALAM - Presiden baharu Filipina, Ferdinand Marcos Jr dijangka tidak akan mengulangi bentuk pentadbiran diktator pernah diamalkan bapanya, Ferdinand Marcos Sr yang telah dijatuhkan akibat revolusi yang berlaku di negara itu pada tahun... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Presiden baharu Filipina, Ferdinand Marcos Jr dijangka tidak akan mengulangi bentuk pentadbiran diktator pernah diamalkan bapanya, Ferdinand Marcos Sr yang telah dijatuhkan akibat revolusi yang berlaku di negara itu pada tahun 1986.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perubahan struktur politik dan sosial masyarakat di negara itu dilihat tidak memungkinkan berlakunya situasi sedemikian.

"Kita lihat keadaan di negara berkenaan sudah jauh berubah berbanding lebih 30 tahun lalu. Hubungan antara politik dan tentera juga sudah tidak seperti di waktu bapanya yang boleh sewenang-wenangnya menguasai pasukan tersebut.

"Selain itu, rakyat Filipina juga sudah mempunyai kesedaran demokrasi yang baik dengan adanya media yang berani dalam membuat laporan berita. Jumlah pertubuhan masyarakat sivil juga sudah banyak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, Pakar Undang-undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Salawati Mat Basir pula berpandangan bahawa isu kembalinya pemerintahan diktator di Filipina adalah tidak relevan dengan mengambil kira perubahan yang berlaku di negara itu.

Malah, beliau sebaliknya berkata, Marcos Jr dijangka memberikan dimensi baharu terhadap pentadbiran Filipina khususnya dalam isu hubungan luar negara yang dilihat sebelum ini tidak konsisten semasa pemerintahan bekas Presiden, Rodrigo Duterte.

"Harus difahami Marcos Jr merupakan anak kepada bekas Presiden. Penduduk Filipina juga berasakan ini adalah golongan aristokrat yang mana biasa dengan pemimpin asing.

"Jadi kalau dia ambil anak Marcos Sr, dari segi hubungan antarabangsa, Filipina akan mendapat kelebihan di situ,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca