AWANG teruja baca berita muka satu akhbar ini pada hari Isnin baru lalu, "Putus Sudah Kasih Sayang.” Macam tajuk filem Melayu pulak. Dalam berita itu dilaporkan bahawa Presiden UMNO, Tuk Seri Zahid Hamidi mahu UMNO lupakan kerjasama... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG teruja baca berita muka satu akhbar ini pada hari Isnin baru lalu, "Putus Sudah Kasih Sayang.”

Macam tajuk filem Melayu pulak. Dalam berita itu dilaporkan bahawa Presiden UMNO, Tuk Seri Zahid Hamidi mahu UMNO lupakan kerjasama dengan Pas.

Kata Zahid, setelah bersama kira-kira 31 bulan dalam Muafakat Nasional (MN) sudah sampai masanya kerjasama itu dilupakan. Zahid salahkan Presiden Pas, Tuk Seri Haji Hadi Awang yang tidak menghormati asas muafakat itu walaupun diberi masa dan peluang.

Macam-macamlah pandangan mengenai kenyataan Zahid ini. Ada yang kata kenyataan Zahid itu menampakkan sikap angkuh tidak bertempat. Untuk menang PRU15, UMNO tidak boleh bersendirian. Meninggalkan MN akan membawa padah.

UMNO tidak boleh begitu yakin untuk menang dan memerintah tanpa Pas.

Ada juga yang berpendapat, sekurang-kurangnya bagi tiga buah negeri, MN masih diperlukan - Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Ada yang mengatakan tindakan Zahid itu betul oleh sebab Pas mahu terus bekerjasama dengan Bersatu. UMNO sudah buat ketetapan tolak Bersatu.

Banyak pemerhati politik berpendapat bahawa tindakan UMNO itu akan menguntungkan Pas. Pas akan jadi blok penentu sekiranya tidak ada kemenangan mutlak mana-mana gabungan. Pas misalnya boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun DAP ada di dalamnya. Pas pernah bersama DAP sebelum ini.

Dalam politik macam-macam boleh berlaku. Mana ada yang mustahil dalam politik? Oleh sebab itu orang tua selalu ingatkan, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.” Kalau tersilap cakap rugi sendiri!

Klik di sini untuk terus membaca